http://gemasuara.blogspot.com/ |
Perjuangan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan tetap diteruskan sehingga kerajaan menghapuskan terus saman yang membebankan rakyat. Kase akan tetap meneruskan kempen menyedarkan rakyat bahawa keputusan kabinet yang tetap akan menyenarai hitam nama pesalah jalan raya selepas 28 Februari 2011 hakikatnya mencabar Perlembagaan Persekutuan,". Keputusan kerajaan itu nyata bersifat angkuh dan melanggar Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan yang melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka.Ini menunjukkan bahawa kerajaan sengaja mahu bertindak mengatasi Perlembagaan. Kerajaan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa ia boleh bertindak sesuka hati dengan mengetepikan Perlembagaan. Perlembagaan melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka tetapi bila kenderaan disenarai hitam tidak boleh memperbaharui cukai jalan, ia bermakna kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka. Keputusan kabinet itu bukan sahaja tidak mempedulikan kesusahan rakyat malah ia sekaligus merupakan perisytiharan perang terhadap Perlembagaan Malaysia dan keputusan mahkamah. Keputusan kabinet itu nyata tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang. Keputusan itu juga nyata penuh dengan keangkuhan yang enggan mempedulikan suara hari rakyat yang mahu dimansuhkan terus tindakan menyenaraihitamkan kenderaan mereka itu. Kase akan terus membuat pemantauan untuk memastikan kerajaan mematuhi undang-undang negara. Kami ingin mendapat peluang untuk mengadakan dialog dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Dalam Negeri. Harap Kerajaan dapat adakan rundngan dengan semua poihak bagi cari penyelesaian,”. Surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan diserahkan dalam masa terdekat bagi mengadakan perjumpaan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Pada masa yang sama kepada mereka yang disenaraihitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya. Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS. |
Khamis, 19 Ogos 2010
Kase terus berjuang hingga saman dihapuskan
Datuk Mahfuz Omar,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan