Sabtu, 15 September 2012

Wanita Pakatan perlu tangkis propaganda media

Hazayani Zakaria,
 
SHAH ALAM: Wanita Pakatan Rakyat diseru meneruskan kerja kuat untuk menangkis laporan bersifat jahat media arus perdana.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, media arus perdana solah-olah tidak lagi menjalankan tanggungjawab mendidik masyarakat sebaliknya menggalakkan penyebaran berita bersifat jahat.

Mohamad membandingkan  insiden remaja menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri dengan senanam punggung yang dilakukan sekumpulan veteran tentera di hadapan rumah Pengerusi Bersama gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga.

Katanya, media membesarkan-besarkan isu remaja tersebut tetapi membiarkan kelakuan tidak sopan terhadap seorang wanita.

"Kita kena bekerja dengan labih kuat. Banyak yang kita kena lakukan untuk menangkis media yang cukup jahat kebelakangan ini.

"Kita tak bersetuju adegan seperti itu (tunjuk punggung) tapi media pemerintah membiarkan bahkan menggalakkan bila orang membuat tarian punggung depan rumah Ambiga.

"Lebih dasyat lagi timbalan ketua polis negara kata boleh tarian punggung itu dilakukan," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi.

Mohamad berkata, media perlu mendidik rakyat agar peka dengan isu semasa, bukan melalui perbuatan menghina mana-mana pemimpin.

"Kita harap melalui media dan kementerian pendidikan, didiklah rakyat supaya kita berlawan atas isu rakyat, amar ma'ruf nahi mungkar, bukan lawan dengan cara pijak-meijak gambar," katanya di hadapan kir-kira 1,000 tetamu yang hadir.

Tiada ulasan: