SHAH ALAM : Terlalu banyak persoalan kritikal yang tidak terjawab dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dirangka menggunakan khidmat konsultan yang dibayar mahal mengggunakan wang pembayar cukai.
Namun walaupun dilihat pelan pembangunan pendidikan itu agak komprehensif tetapi masih membiarkan beberapa persoalan polisi pendidikan yang tidak disentuh oleh kerajaan.
Jika persoalan ini tidak diberi perhatian, maka Pelan Pembangunan Pendidikan terbaru itu bakal mengalami kegagalan yang sama dengan pelan pembangunan yang diumumkan sebelum ini.
Ujar Lim, pelan pembangunan pendidikan itu menunjukkan bahawa Menteri Pelajaran tidak belajar daripada kesilapan lepas.
Banyak inisiatif yang diumumkan adalah idea kitar semula lepas dan banyak janji-janji yang belum ditunaikan.
“Kira-kira 1,500 daripada 10,000 sekolah tidak mempunyai kemudahan air yang sesuai diminum, dan masih terdapat kira-kira 300 buah sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik bagi tempoh 24 jam,” tegas Lim dalam kenyataan medianya.
Jelas beliau lagi, hari ini masih lagi kedengaran sekolah yang dijanjikan akan dibina tetapi tidak dilaksanakan khususnya di kawasan pedalaman.
Pada masa yang sama, kualiti pembinaan sekolah itu adalah buruk melebihi kos pada harga sebenar yang hanya menguntungkan sesetengah kroni politik.
Tambahnya, pelan pembangunan pendidikan itu juga tidak memberi perhatian serius komitmen kerajaan untuk meningkatkan jumlah Sekolah Vernakular dan Sekolah Agama yang mendapat permintaan tinggi.
Di Sabah dan Sarawak pula, terdapat keadaan jumlah tinggi pelajar yang keciciran, dan tiada pelan yang konkrit untuk mengatasi masalah itu dirangka bagi kedua-dua buah negeri itu.
“Beberapa strategi khusus perlu dirangka kerajaan bagi memastikan polisi yang dirangka dapat dilaksana dengan secara berkesan.
“Malahan tiada strategi pelan pembangunan baru untuk meningkatkan keupayaan sekolah yang mengkhususkan kepada vokasional dan teknikal,” katanya.
Tambah Kit Siang lagi, beliau mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk mengumumkan laporan tahunan pelbagai tahap pencapaian yang diraih dan melaksanakan penilaian komprehensif setiap lima tahun sekali keberkesanan pelan pembangunan pendidikan itu.
Namun, beliau mengharapkan kerajaan tidak memanipulasi statistik pencapaian hanya sekadar untuk menunjukkan prestasi yang dirangka sudah tercapai.
“Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, serius mengenai pembaharuan pendidikan.
“Mereka perlu menangani isu ini dan kelemahan lain semasa tempoh perundingan awam sebelum rangka tindakan dimuktamadkan pada bulan Disember nanti,” katanya.
1 ulasan:
despite da fact that educati0n ref0rmation idea is well received, i have concerns that dis is an0ther empty plan came up by the Ministry. l0ts of c0re elements are n0t being addressed well. one of it is English proficiency. adding English literature as a necessity subject will n0t address said issued since literature is NOT a communicati0n t0ols. thus, weakness in English proficiency am0ng students will n0t be decreased. plus, there is n0t clear remarks in the Blueprint on h0w Ministry wants t0 impr0ve students English pr0ficiency. what remedial supp0rt will be given? c0re m0ves menti0ned is on teacher's upskilling. isn't that what had been d0ne all dis while? i really h0pe i can sit with any0ne to discuss this issue further since i d0 have numbers of s0luti0ns t0 impr0ve educati0n quality.
Catat Ulasan