Bendera
negara boleh ditukar jika kerajaan mahukan, kata pengerusi eksekutif
Persatuan Sejarah Malaysia (MHS), Tan Sri Omar Hashim hari
ini.
“Kerajaan baru biasanya akan menukar bendera seperti yang kita
saksikan di Libya dan Iraq.“Jadi, jika berlakunya pertukaran kerajaan,
mereka boleh menukar bendera,” kata Omar.
Beliau menambah, walaupun
bendera Malaysia pada hari ini dipilih kekal sebagai simbol kerajaan,
ia sepatutnya dihormati dan menjadi satu-satunya bendera ketika
sambutan Hari Kebangsaan.
Pengerusi
persatuan itu memberi respon ketika ditanya oleh pemberita berkenaan
kemunculan semula bendera kontraversi ‘Sang Saka Malaya’ sewaktu
sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka minggu lalu.
Acara tersebut
dianjurkan oleh gabungan NGO yang diberi nama Gabungan Janji, diketuai
oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.“Bendera Sang Saka merah
putih, adalah bendera yang mewakili kesultanan Melayu.
“Kita boleh saksikan ini pada kurun ke 13 dan 14.
“Ini adalah fakta sejarah,” kata Omar.
Omar
menambah tidak ada masalah untuk menjadikan Sang Saka untuk tujuan
kajian, sambil menyebut ini dilakukan oleh Farish Noor yang mengkaji
tentang ini secara meluas.
“Tidak ada
masalah untuk mempamerkan bendera untuk tujuan pendidikan dan kajian,
tetapi ia tidak seharusnya digunakan untuk tujuan politik,” kata Omar.
Omar juga menambah, jalur merah dan putih jelas dilihat dalam bendera kesultanan Melayu lama seperti kesultanan Majapahit.
Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.
Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.
Melalui
blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan
mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan
bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti
politik kerajaan mahupun pembangkang.
“Kami
tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun
pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan
kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang
bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang
kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada
jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan