Khamis, 6 September 2012

Kerajaan BN hanya tahu tabur janji pada rakyat Sabah – Dr. Hiew King Cheu

Roketkini.com



DONGONGAN: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar.

Yang menjadi persoalan utama rakyat Sabah dalam sesi pendengaran aduan mereka ialah, mengapa masalah ini tidak selesai sedangkan Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu berkata, masalah ini membuktikan bahawa kerajaan BN negeri ini telah mengabaikan kepentingan dan keperluan rakyat Sabah

“BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan. Janji nak buat, nak baiki tapi bila nak tunaikan?”

“Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi apabila kita turun padang, keadaannya sangat menyedihkan.”

Beliau memberikan beberapa contoh dan bukti bergambar di beberapa kawasan hampir seluruh Sabah yang menyaksikan keadaan jalan tidak sempurna melalui tayangan slide.

Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi.

Menyentuh isu jambatan di Pulau Bum-Bum, menurut Dr. Hiew yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Negeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau tersebut sepanjang 1.2 kilometer.

“Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!”

Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan.

“Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN”



Selin isu jalan-jalan di luar Bandar. Dr Hiew turut berkongsi kisah menyanyat hati ketika melawat Keningau dalam program mencari orang miskin di kawasan kampung.

“Saya telah menemui seorang ibu beranak tiga. Rumahnya kecil, saya masuk dan saya cuma lihat sebuah periuk dan beberapa bungkus mee segera.”

Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.
“Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.”- Roketkini.com

19 ulasan:

Mumbai berkata...

"Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema.."


di negara2 maju sekalipun masih ada jalan berlopak.. bukan tidak ditangani, sebaliknya ia memerlukan masa.. lain la jika Sabah hanya sebesar Singapura..

Mumbai berkata...

berkenaan dengan tanah runtuh, kenapa Hiew perlu politikkan isu ini?? bolehkah beliau menghalang atau mengharamkan bencana alam?

Mumbai berkata...

“BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan. Janji nak buat, nak baiki tapi bila nak tunaikan?”

dan hampir setiap hari juga berlaku kerosakan.. belum pun yang satu ditangani, timbul lagi masalah yang satu.. macam mana mau selesai?? bolehkah Hiew bina satu jambatan yang boleh tahan sampai kiamat?

Mumbai berkata...

“Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi apabila kita turun padang, keadaannya sangat menyedihkan.”

pernah ka Hiew turun padang melihat 1,365 jalan2 di kawasan luar bandar?? tidak pernah pun saya nampak dia turun padang..

Mumbai berkata...

“Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!”

bukankah jambatan pulau bum2 itu menerima pelbagai bantahan sebelum ini?? kenapa tidak salahkan pihak yang membantah?? nanti kalau dilaksanakan, Hiew pusing cerita pula..

Mumbai berkata...

“Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.”

jika rakyat miskin itu salah kerajaan, bagaimana dengan rakyat yang kaya? bersetuju ka Hiew jika saya katakan bahawa rakyat yang telah engecapi kekayaan adalah hasil dari usaha kerajaan??

mantera berkata...

pembangunan infrastruktur akan dilakukan secara berperingkat

Tanpa Nama berkata...

Apa kurangnya pembangkang? Jangan cuba menafikan kejayaan BN selama ni.

ScottyDoesntKnow berkata...

The popular approach of meeting people at the grassroots, including taxi drivers, imams and other religious groups, undertaken by Prime Minister Najib Tun Razak is not a gimmick to face the upcoming general election, said Perak Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir.

ScottyDoesntKnow berkata...


He said a survey had showed that Najib was a prime minister who always fulfilled his promises to the people through various approaches, especially his transformation programmes.

ScottyDoesntKnow berkata...

"If someone says it's a gimmick, he has been doing that not just for months, but for years now... he has also come to Perak on so many occasions. This is not a gimmick, this is a transformation and a political transformation.

ScottyDoesntKnow berkata...

"He shows us that we have a new political landscape and we have to understand the people's aspirations and what they expect from us," he told reporters after presenting Ramadan aid to the state government's office staff and members of the media here.

ScottyDoesntKnow berkata...


He said this in response to the report of a survey which stated that Najib's popularity had increased steeply in the five opposition-led states, while the support for Opposition Leader Anwar Ibrahim and Pas spiritual leader Nik Aziz Nik Mat had declined.

ScottyDoesntKnow berkata...





The survey on leaders' popularity, which was conducted last March by the International Islamic University of Malaysia (IIUM) and involved 1,300 respondents aged 21 and above in Perak, Selangor, Penang, Kedah and Kelantan, found that 63 per cent of the respondents were satisfied with the prime minister's leadership as compared to only 38 per cent in 2008.

ScottyDoesntKnow berkata...

Another survey report presented by the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) School of Social Studies, Development and Environment chairman Assoc Prof Dr Fuad Mat Jali, also stated that 76 per cent of the 1,400 respondents agreed that Najib's image was far better than Anwar's and Nik Aziz's.

ScottyDoesntKnow berkata...

A total of 87.4 per cent of the respondents involved in the survey, aged between 21 and 60, were also in support of Najib's leadership.

ScottyDoesntKnow berkata...

The findings of both surveys were tabled at the roundtable discussion on '13th General Election: Who Will Malaysians Vote For?' organised by the Political, Security and International Affairs Cluster of the National Professors Council in Kuala Lumpur on Wednesday.

ScottyDoesntKnow berkata...

Zambry, who is also Perak BN chairman, did not discount the possibility that the next general election would be held soon following the positive findings of the surveys.

mirull_a.r berkata...

budu juga kau ni ambuyaat. punya la cantik jalan di keningau. gambar jalan di mana kna ambil tu. menghina kah