SHAH ALAM - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim disebut-sebut akan bertanding semula di kerusi Parlimen Kota Bahru, Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sinar Harian difahamkan bekas Ahli Parlimen Kota Bahru dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini sedang mempertimbangkan kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.
"Hampir pasti Datuk Zaid akan bertanding di Kota Bahru, tempat beliau pernah bertanding pada pilihan raya umum 2004... saya dengar perbincangan sedang diadakan dengan Pas Kelantan mengenai kemungkinan ini.
"Jika perbincangan ini tidak berhasil, beliau akan bertanding sebagai calon Bebas," kata sumber kepada Sinar Harian.
Pendirian Pas bakal menentukan sama ada persaingan di Kota Bahru dua atau tiga penjuru.
Pada PRU12, Pas telah membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding di kerusi Pasir Mas menggunakan simbol parti itu.
Perkembangan terbaru ini menambah teka-teki ketika cadangan beliau mahu membubarkan Kita masih diperkatakan.
Bagaimanapun jawatankuasa eksekutif pusat Kita telah menolak cadangan itu dan mahu Zaid terus memimpin Kita.
Sebelum ini, Zaid juga pernah berkata, Kita tidak berhasrat mahu meletakkan calon di mana-mana kawasan pada PRU13.
Laporan media sebelum ini juga menyebut Pas bersedia menerima Zaid jika Kita dibubarkan.
Barisan Nasional (BN) tidak menurunkan Zaid pada PRU12 yang berlangsung Mac 2008.
Pada 2004, Zaid yang menang di Kota Bharu memperoleh 23,831 undi. Pencabarnya, Nik Mahmood Nik Hassan dari Keadilan menerima 22,108 undi.
Pada Mac 2008, kerusi itu dimenangi oleh calon Pas.
Seleps dipecat oleh Umno pada akhir 2008, Zaid menyertai PKR.
Zaid pernah bertanding sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April 2010.
Selasa, 6 Mac 2012
PRU13: Zaid Ibrahim tanding di Kota Bharu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Tengok saja la sama ada dia boleh menang
jika Zaid bertanding, boleh ke dia menang?
Masih tidak ada kepastian lagi benar atau tidak Zaid Ibrahim akan bertanding. Apa pun kita tunggu saja penyenaraian calon akan datang.
Baru2 ni dengar pula KITA dibubarkan. Tiba2 pula ada calon yang akan bertanding.
Jangan silap calonkan 'lalang' sudahlah.
jika benarlah beliau berhasrat mahu bertanding semula dan menggunakan tiket PAS, tindakan itu bagi saya hanya merosakkan lagi imej beliau..
Catat Ulasan