Sabtu, 24 Mac 2012

Kes EO6: PSM saman KDN, ketua polis negara

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR Mac:
Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia antara defenden yang dinamakan dalam saman Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini.

Saman sivil itu ekoran enam anggota parti itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) pada bulan Jun tahun lalu.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, anggota jawatankuasa PSM pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu.

Saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Yudistra Piagam Dorai dengan keseluruhan menamakan 82 defenden majoritinya adalah anggota polis.

Mereka mendawa pihak polis telah salah tangkap dan memenjarakan enam pemimpin parti itu secara tidak sah.

Mereka juga menuntut ganti rugi kerana dibelasah, pendakwaan yang berniat jahat, tidak ada alasan yang munasabah ketika ditangkap dan salah guna proses pejabat awam.

Kesemua aktivis tersebut ditahan sewaktu menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun tahun lau, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan sebelum dibebaskan pada pada 29 Julai 2011.

Tiada ulasan: