Sabtu, 24 Mac 2012

Rumah panjang di Sibuti masih ketinggalan

Jofri Jaraiee,

SIBUTI: Baru-baru ini PAS Miri telah berkunjung dan meninjau keadaan pendududk di beberapa buah rumah panjang sekitar kawasan Parlimen Sibuti di lokaliti Niah dan Saeh. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan terdapat juga orang Melayu dan Cina.


Disitu kita telah menerima beberapa aduan serta maklumat tentang keadaan kehidupan mereka di kawasan tersebut. Diantara isu utama yang mereka luahkan kepada pihak kami ialah keadaan jalan masuk kampung yang hampir 10 km masih tidak berturap dengan sempurna.

Begitu juga jalan menuju ke sekolah, yang terdapat ditepi jalan kampung tersebut yang tidak begitu selamat digunakan oleh pelajar terutama sekali kepada kanak-kanak kecil. Beberapa kemudahan disekitar sekolah tersebut seperti jambatan di tasik dalam keadaan usang dan membahayakan pengguna terutama kepada kanak kanak dan juga pelajar sekolah tersebut.

Menurut penduduk di rumah panjang tersebut, bantuan untuk penambahbaikan rumah panjang mereka, sehingga kini masih belum lagi diterima, walaupun sudah beberapa kali mereka dijanjikan oleh pihak pemerintah. Begitu juga keperluan bekalan air bersih dan elektrik yang masih lagi tidak mencukupi untuk penduduk di kampung tersebut.

Ramai penghuni di rumah panjang yang kami lawati, mengatakan terdapat hampir 60% masih lagi tidak menerima bantuan wang sebanyak RM500 BR1M seperti yang dijanjikan oleh pihak pemerintah.

Begitulah keadaan rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Sibuti yang kami kunjungi, mereka merayu kepada pihak berwajib agar dapat menunaikan janji mereka untuk memberi kemudahan asas serta infrastruktur di kawasan tersebut agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah hampir 50 tahun mereka masih hidup dalam keadaan daif serta terpinggir dari arus pembangunan.

Kita mendesak agar pihak berwajib segera menunaikan janji-janji mereka kepada penghuni rumah panjang tersebut agar mereka ini tidak terus menunggu dengan penuh harapan, tetapi kehidupan mereka terus terpinggir dan mereka ini hanya diperlukan waktu pilihanraya semata-mata untuk meraih undi.

Pihak yang diamanah untuk menjadi pemerintah seharus berlaku adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kalau tidak sanggup berjuang dan berkhidmat untuk rakyat, usahlah jadi pemerintah lebih baik beri amanah dan kuasa tersebut kepada mereka yang jujur dan adil untuk semua.

Tiada ulasan: