Isnin, 26 Mac 2012

Kenyataan media Tan Sri Rozali Ismail

TAN SRI ROZALI ISMAIL

email100SYABAS menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Negeri Selangor menjalankan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu yang telah siap sepenuhnya baru-baru ini.

Dengan pengoperasian LRA Sungai Labu, sistem agihan bekalan air sedia ada di beberapa kawasan bekalan LRA Sungai Semenyih akan mendapat tambahan bekalan air sejumlah 105 JLH (Juta Liter Sehari) bermula Mac 2013. Peringkat Pertama LRA Sungai Labu telah mula beroperasi pada 20 Mac 2012 dengan kapasiti bekalan sejumlah 45 JLH.

Kawasan-kawasan yang akan menerima bekalan dari Peringkat Pertama LRA ini termasuk kawasan sekitar KLIA; Litar F1 Sepang; lain- lain kawasan di Sepang sehingga Sungai Pelek; Bagan Lalang; Tanjung Sepat dan Kundang. Manakala, Peringkat Kedua LRA dengan kapasiti rekabentuk berjumlah 60 JLH dijangka akan beroperasi pada Mac 2013 bagi membekalkan air ke kawasan-kawasan sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.

Menerusi operasi LRA Sungai Labu Peringkat Pertama, jumlah keseluruhan kapasiti bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan meningkat kepada 4,371 JLH berbanding kapasiti semasa berjumlah 4,326 JLH. Tambahan bekalan air ini dijangka secara langsung akan meningkatkan sejumlah kecil kapasiti rezab (berdasarkan purata permintaan) sebanyak 1%, iaitu daripada 2.47% (106.8 JLH) kepada 3.47% (151.8 JLH).

Ini jelas menunjukkan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan komited dalam menyelesaikan isu pembekalan air yang dihadapi di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Usaha-usaha yang dilaksanakan juga menunjukkan bahawa kepentingan pengguna adalah diutamakan.

SYABAS berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha sepakat mereka terutamanya dalam aspek penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memandangkan isu tersebut telah tertangguh sekian lama.

Apa yang lebih penting di sini adalah untuk memastikan pengguna menerima bekalan air tanpa sebarang gangguan berdasarkan permintaan dan kualiti bekalan yang ditetapkan. Justeru itu , semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing demi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai. AGENDA DAILY.

Penulis merupakan Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

1 ulasan:

mama sepatu berkata...

congrat..!
wow teruja aku... dengan sokongan yang diberikan oleh pihak SYABAS.. aku yakin ini adalah satu langkah yang bijak.. harap nak harap kerajaan negeri buat keputusan.. gamaknya kekurangan air la org selangor.. suruh pikir utk status loji langat 2 pon susah...