Ahad, 25 Julai 2010

Lim Guan Eng dan Nik Ali Mat Yunus

Oleh Nobisha

Perbalahan Ketua M [lim-guan-eng] enteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus mendapat tempat utama dalam media massa dan media sosial. Pelbagai versi yang ada. Seperti biasa, dalam politik partisan, ada yang masih belum mampu untuk melihat kebenaran dan kesalahan di luar lingkaran politik partisannya.

Isu ini bermula apabila Lim Guan Eng mengkritik Nik Ali secara terbuka dan penjawat awam tersebut bertindak membuat kenyataan terbuka juga sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya tidak mahu mengambil pendirian menyebelahi sesiapa dalam hal ini.

Malah, untuk berlaku adil Lim Guan Eng bukanlah orang pertama membuat kenyataan terbuka mengkritik seorang penjawat awam. Sebelum ini pun sudah banyak kenyataan sedemikian, termasuklah dari pemimpin Barisan Nasional. Seperti dalam kes Lim Guan Eng, isu tersebut juga melimpah ke dalam media massa kita.

Dilema penjawat awam ialah mereka tidak boleh menjawab kenyataan pemimpin politik secara terbuka; walau betapa dangkal sekalipun kenyataan pemimpin politik itu. Sama ada itu peraturan atau tradisi, itu soal lain. Apa yang pasti ialah apabila mereka menjawab, pasti mereka akan dikenakan tindakan.

Pada masa yang sama, pemimpin politik yang celupar boleh berkata apa saja kepada penjawat awam dan mereka bebas tindakan. Malah, dalam sesetengah kes, pemimpin politik ini akan keluar sebagai hero apabila isu tersebut selesai.

Dalam kes ini, nampaknya Nik Ali lupa bahawa dia ialah seorang penjawat awam, dan Lim Guan Eng ialah seorang pemimpin politik. Kesilapan Nik Ali ialah dia lupa bahawa peraturan emas (golden rule) menyebut penjawat awam tidak boleh menjawab pemimpin politik seperti Ketua Menteri Pulau Pinang!

Tiada ulasan: