Khamis, 15 Julai 2010

SAYONARA BN, SAYONARA UMNO ?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PADA 10 Julai 2010, bertempat di Kg Kaparungan, Kuala Tomani, Tenom, satu majlis penyertaan beramai-ramai ahli UMNO dan parti Komponen BN ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah di jalankan di rumah salah seorang penduduk kampung berkenaan.

Majlis yang cukup bermakna bagi sebahagian besar penduduk kampung itu kerana mereka merasakan sangat dihargai apabila ada pemimpin yang sudi hadir di rumah mereka, duduk dan mendengar luahan hati mereka.

Halik Zaman yang turut hadir mewakili MPN Negeri Sabah, turut mengambil beberapa catatan permasalahan setempat yang menjadi beban kepada penduduk kampung berkenaan.

Penduduk kampung juga berkata ketidak-pedulian wakil rakyat BN yang sepatutnya ambil tahu akan kebajikan mereka tapi diabaikan sejak sekian lama menyebabkan penduduk kampung berkenaan memilih PKR dan berharap PKR mampu membaik-pulih kehidupan mereka yang serba kepayahan manakala Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kelak.

Kebanyakan yang hadir pada pertemuan petang itu dengan rela hati dan ikhlas hati membuat keputusan untuk menyertai PKR tanpa ada paksaan dan sogokan dari mana-mana pihak.

Malah semangat reformasi semakin berkobar-kobar di jiwa setiap yang hadir dan akan memastikan setiap undi yang mereka pangkah masa pilihanraya kelak akan di hadiahkan kepada calon-calon PKR.

HAI HAI PKR, BYE BYE UMNO!

JELAJAH Krew Sabahkini.net beralih ke Kg Abul Bangkulin, Tenom. Ketibaan rombongan PKR juga mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Perjumpaan di rumah Zaharin Umbaiyan telah memberikan penduduk Kg berkenaan ruang dan peluang untuk mengenali PKR dengan lebih dekat.


Datuk Halik Zaman dalam ucapan penerangannya, begitu mempersonakan penduduk kampung tersebut. Ucapan yang penuh sentimental sehingga kaum wanita Murut turut menangis mendengar kata-kata yang penuh beremosi.

Kelihatannya, Halik memang pakar untuk menangiskan pendengarnya. Bakat semula jadinya dikagumi pendengar.

Bila ditanya apakah yang menyebabkan mereka ingin beralih arah kepada PKR, kata mereka, banyak masalah tidak mampu diselesaikan oleh BN terutama masalah tanah adat yang diambil oleh Sabah Forest Industry (SFI); juga telah memberikan tekanan yang berat kepada penduduk kampung.

Permasalahan tiada kemajuan dalam ekonomi membawa kepada peningkatan kos sara hidup begitu membebankan setiap keluarga dalam kampung berkenaan. Menurut salah seorang penduduk kampung Abul ini, mereka pernah membuat aduan kepada wakil rakyat di pejabat beliau, malangnya mereka hanya diberikan pelbagai janji manis dan di minta untuk sabar menanti.

“Hari ini kami ucapkan hai hai kepada PKR dan bye bye kepada UMNO,” ujar Zaharin selepas majlis berkenaan.

Menurut Zaharin, sehingga kini, belum ada apa-apa perkembangan dan tindakan dari wakil rakyat di Tenom kerana apabila diusul kembali di pejabat beliau, wakil rakyat memberikan alasan sibuk dan berada di Kuala Lumpur.

Kata Zaharin, penduduk kampung sudah bosan dengan alasan-alasan yang di berikan dan kerana itulah penduduk kampung Abul bersepakat untuk ‘berpindah rumah’ kepada PKR dan berharap PKR dapat menangani masalah ini seandainya ditakdirkan memerintah Sabah kelak.


Tiada ulasan: