Isnin, 22 Oktober 2018

Royalti: Kemuka butiran mesyuarat

NASRUDIN HASSAN

 
 
KENYATAAN ini merujuk kepada tuduhan liar YB Lim Kit Siang yang menempelak YB Presiden PAS mengenai isu DAP mendiskriminasi pembangunan Pantai Timur.
 
Lim Kit Siang menyatakan, “Hadi will be a disgrace to political Islam if he cannot substantiate his allegation that DAP discriminates against the East Coast by opposing equal development for Terengganu and Kelantan. Lies and falsehoods are as sinful in Islam as in other great religions in the world, and no honourable religious teacher will resort to lies and falsehoods to advance his personal agenda”.
 
Kenyataan Presiden PAS telah dipetik oleh Lim Kit Siang dalam beberapa akhbar berhubung pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar.
 
Pembayaran tunai atau juga dimaksudkan sebagai royalti termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian bersama yang ditandatangani dengan Petronas.
 
Isu pembayaran royalti juga telah dinyatakan dalam Janji Ke-3 manifesto Pakatan Harapan seperti berikut: “Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil.”
 
Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri”.
 
Sejak Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Persekutuan dari bulan Mei hingga Oktober 2018, berapakah jumlah yang telah dibayar oleh Petronas dan berapakah pula jumlah yang telah dibayar oleh Menteri Kewangan kepada semua negeri pengeluar termasuk Kelantan dan Terengganu?
 
Bagi menjawab soalan tersebut, YB Lim Guan Eng juga hendaklah merujuk keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun 2018 yang lalu.
 
Butiran keputusan tersebut akan menjawab tuduhan liar dan menutup mulut YB Lim Kit Siang terhadap Presiden PAS.
 
Islam Memimpin
 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: