Isnin, 22 Oktober 2018

Kerajaan belanja RM6.31 juta untuk PM, delegasi ke luar negara



Kerajaan belanja RM6.31 juta untuk PM, delegasi ke luar negara

Sejumlah RM6.31 juta telah dibelanjakan kerajaan untuk membiayai lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad dan delegasi ke luar negara sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri 10 Mei lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata perbelanjaan itu melibatkan lapan lawatan rasmi ke luar negara serta merangkumi perbelanjaan pegawai pengiring yang turut serta dalam lawatan-lawatan tersebut.

“Kos perbelanjaan ini dibayar sewajarnya seperti mana termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahman Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) bertarikh 16 Okt lepas.

Negara-negara yang telah dilawati Dr Mahathir sejak menjadi perdana menteri ke-7 ialah Jepun, China, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Brunei.- Bernama.

Tiada ulasan: