Isnin, 22 Oktober 2018

Bayar royalti seperti perjanjian 1975

MUHAMMAD ARIF ISMAIL


KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan perlu merealisasikan komitmen Perdana Menteri bagi membayar royalti petroleum kepada Kelantan.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun lepas memberi jaminan akan membayar royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
 
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan Kelantan dan persekutuan masih dalam perbincangan mengenai perkara tersebut.
 
"Perkara itu masih lagi dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Jadi masih terlalu awal untuk mengupas perkara itu.
 
"Cuma kita berharap kerajaan pusat membayar royalti sebagaimana perjanjian pada 1975," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebuah laman berita melaporkan Petronas sudah mengagihkan royalti petroleum dan Kementerian Kewangan sudah membayar kepada Sarawak dan Sabah namun tidak kepada Kelantan dan Terengganu. - HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: