Ahad, 6 Mac 2016

Umno tak tolak Tun M pilih cara 'Arab Spring' jatuhkan Najib

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak menolak kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamed memilih cara ala 'Arab Spring' untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas tidak berjaya menggunakan saluran parti. 
 
Jelasnya, usaha demonstrasi jalanan menjadi pilihanakan mendatangkan risiko kepada negara kerana apa yang berlaku seperti di Mesir tidak menampakkan kebaikkan kepada negara-negara yang terlibat.
 
"Mesir umpamanya, sampai sekarang masih bergolak dan tidak membawa apa-apa perubahan.
 
"Kalau usaha yang dilakukan oleh pembangkang itu menggunakan cara demonstrasi jalanan, itu akan ada risikonya kepada negara dan tidak sepatutnya diikut," katanya yang dipetik di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
 
Sebaliknya menurut Shahrir, pilihan raya adalah jalan yang terbaik daripada mengadakan demonstrasi jalanan jika ingin mengubah tampuk kepimpinan negara.
 
"Apa pun perubahan yang hendak dilakukan di negara ini, tunggulah pilihan raya.
 
"Pernah dahulu semasa reformasi, cara itu (demonstrasi jalanan) juga digunakan, tetapi yang mustahak adalah pilihan raya.
 
"Pasal Pilihan Raya Umum 1999 pun, isu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya menjadi fakta dan ia terbawa daripada gerakkan reformasi pada 1997-1998 jadi pilihan raya jalan yang terbaik," ujarnya.
 
Sebelum ini, Dr Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi menyertai pemimpin pembangkang dan aktivis untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila menandatangani Deklarasi Rakyat yang mendesak pengunduran pemimpin berkenaan.
 
Dokumen ditandatangani mereka bersama 55 pemimpin lain yang terdiri daripada pembangkang, aktivis dan bekas wartawan banyak mengitar semula tuduhan-tuduhan Mahathir terhadap Najib mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion.
 
Dalam ucapannya Mahathir yang membakar jambatannya dengan Umno untuk kali kedua, akur beliau berkongsi pentas dengan pembangkang dan aktivis yang berlainan perjuangan.
 
“Namun kita semua di sini sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak mewakili mana-mana parti atau NGO,” kata Mahathir.
 
Antara pemimpin pembangkang kelihatan di majlis yang berjudul “Selamatkan Malaysia” setakat ini adalah Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Azmin Ali (PKR), Datuk Mustafa Ali, Mahfuz Omar (PAS), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR), Tian Chua (PKR), Mohamad Sabu dan  Sallehudin Ayob (Parti Amanah Negara).
 
Selain pembangkang, beberapa aktivis seperti Datuk S. Ambiga dan Maria Chin Abdullah turut hadir pada majlis itu.
 
Kesemua mereka sebelum ini adalah pengkritik paling lantang Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menerajui negara dan Umno

Tiada ulasan: