Khamis, 3 Mac 2016

Talkum Johnson & Johnson penuhi piawaian, Shower to Shower tidak dijual

 
Keputusan juri mahkamah di Amerika Syarikat baru-baru ini berhubung kematian seorang wanita akibat kanser bercanggah dengan hasil kajian saintifik sejak berdekad lalu.


jnj


PETALING JAYA : Semua produk talkum syarikat Johnson & Johnson yang digunakan dalam semua produk globalnya telah dipilih dengan teliti dan memenuhi piawaian kualiti, ketulenan dan pematuhan tertinggi.

Ketua Akses Pasaran Johnson & Johnson Malaysia, Andy Lee berkata, keputusan juri mahkamah di Amerika Syarikat baru-baru ini bercanggah dengan hasil kajian saintifik sejak berdekad tahun lalu yang kukuh membuktikan keselamatan talkum sebagai bahan kosmetik dalam pelbagai produk.

“Kami amat bersimpati dengan keluarga plaintif tetapi kami juga tidak bersetuju dengan keputusan ini.
Kanser ovari adalah penyakit yang kompleks dengan tiada punca muktamad yang menyebabkan penyakit itu.

“Pihak ‘US Food and Drug Administration, National Cancer Institute and Cosmetic Ingrediate Review Committee’ telah membuat kesimpulan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk menghubungkaitkan talkum dengan penyakit kanser ovari,” katanya menerusi kenyataan kepada Free Malaysia Today hari ini.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan Johnson & Johnson telah diperintahkan membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser yang dikaitkan dengan produk keluaran syarikat itu.

Laporan Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.

Dalam pada itu, Andy turut mengulas bahawa produk ‘Shower to Shower’ milik syarikat terbabit tidak dijual di Malaysia.

Tiada ulasan: