Jumaat, 4 Mac 2016

PAS kena virus ‘otak udang’ sebab intim dengan UMNO

 
Janganlah PAS ikut jejak langkah UMNO dengan membuat kenyataan tidak berasas serta tidak cerdik, kata Khairuddin.


khairuddin-pas

PETALING JAYA: Datuk Khairuddin Abu Hassan meluahkan rasa bimbangnya setelah melihat penyakit ‘minda lemah’, ‘otak udang’ yang ada dalam UMNO semakin merebak dalam PAS.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan berkata, keintiman yang dijalinkan antara PAS dan UMNO kini semakin terserlah.

“Saya amat takut kerana ramai tokoh pemimpin PAS yang begitu intim dengan tokoh pemimpin UMNO telah menyebabkan virus penyakit ‘minda lemah’, ‘otak udang’ majoriti pemimpin-pemimpin UMNO sedang menular berjangkit kepada tokoh-tokoh PAS pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairuddin berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi yang menyifatkan serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai serangan peribadi.

“Pada hemat peribadi saya, Nasruddin selaku Ketua Penerangan PAS tidak faham isu polemik yang sedang melanda negara kita masa kini dan agak ketinggalan zaman.

“Di saat seluruh dunia sedang memerhati pelbagai kes rasuah serta penyelewengan, Ketua Penerangan PAS boleh kata perjuangan Dr Mahathir berteraskan kepentingan peribadi.

“Ini membuktikan PAS telah hilang hala tuju perjuangan untuk membela bangsa, agama mahupun negara kita ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, Khairuddin menasihatkan Nasruddin membuat kenyataan yang ilmiah dan realistik agar PAS tidak kelihatan dungu.

Tiada ulasan: