Khamis, 10 Mac 2016

Letak jawatan: Hadi serah kepada akar umbi

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada ahli akar umbi parti itu berhubung gesaan agar jawatan beliau diserahkan kepada Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Itu tanya orang Pas, tanya akar umbi. Pas ada muktamar kita," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Adun Salor, Datuk Husam Musa agar jawatan Presiden Pas diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Husam dilaporkan berkata, Abdul Hadi sebaiknya memegang jawatan mursyidul am atau timbalan mursyidul am bagi memastikan Pas dapat memasuki 'aliran tengah' dalam kepentingan politik negara.

Gesaan Husam itu dibuat susulan hasil kajian Ilham Centre yang mendapati ahli Pas merasakan mereka tiada arah tujuan kerana kenyataan berbeza yang dikeluarkan pemimpin tertinggi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan tidak akan membawa Rang Undang-undang persendirian berkenaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ke sidang Parlimen kali ini kerana kesuntukan masa.

"Sidang ini tidak sempat," katanya.


Tiada ulasan: