Rabu, 9 Mac 2016

Kelantan kaji sebat penzina dikhalayak

 
Hukuman sebat itu adalah bagi menimbulkan rasa gerun terhadap pesalah atas perbuatan zina.


nasrudin


PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan sedang mengkaji langkah untuk melaksanakan hukuman sebat enam rotan bagi kesalahan berzina dikhalayak ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassurdin Daud berkata, hukuman sebat bagi kesalahan syariah itu sebelum ini dijalankan di penjara.

“Dalam al-Quran ada disebut orang mukmin boleh melihat hukuman sebat yang dijalankan bagi menimbulkan rasa gerun. Oleh itu kita akan membuat kajian mengenai cadangan itu,” katanya lapor laman portal Harakah Daily.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) mencadangkan agar kerajaan negeri menjalankan hukuman sebat enam rotan ke atas kesalahan zina di tempat terbuka.

Perkara itu pernah dilakukan di Mahkamah Tinggi Sabah tahun lepas ke atas seorang lelaki hang disabitkan di atas kesalahan berkenaan dengan disaksikan 40 jemputan khas.

Dalam pada itu, Nassurudin berkata, Kelantan merupakan negeri pertama mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syariah di negara ini yang diasingkan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Tiada ulasan: