Selasa, 15 Mac 2016

Jemaah hilang berjaya dijumpai di Makkah


Jemaah hilang berjaya dijumpai di Makkah
Jemaah (tiga,kanan) yang hilang telah berjaya ditemukan dengan pihak agennya. –Foto ehsan Tabung Haji Travel.
 
 
SHAH ALAM - Jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang di Makkah baru-baru ini telah dijumpai dengan selamat hari ini.

Menurut pegawai Tabung Haji Travel, pihaknya telah menemui jemaah itu di kawasan hotel Shohada Ajyad Makkah hari ini.

‎"Alhamdulillah jemaah yang hilang telah berjaya ditemukan dengan pihak agen beliau.

"Agen dia telah pun berjumpa dengan kami dan membawa jemaah ini pulang," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Awal pagi tadi, seorang jemaah yang dikenali sebagai Awang Harun dilaporkan hilang di Madinah sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

Berita kehilangan ini telah menjadi viral di laman sosial termasuk di Facebook dan Whatsapp.

‎"Pihak Tabung Haji Travel telah menjumpai jemaah ini di Makkah. Kebesaran kuasa ALLAH. semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

“Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang membantu menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkenaan," katanya.


Tiada ulasan: