MALAYSIA DATELINE
Pas
perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam
blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara
(Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.
Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir
berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut
telah mengejutkan banyak pihak.
“Sejurus itu juga beberapa parti membuat penafian akan penglibatan
mereka dengan blok ini. Malah pengumuman itu pastinya juga menyebabkan
ahli di akar umbi terpinga-pinga.
“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang
terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius
akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini?
"Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?” katanya.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam
sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9)
Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan.
"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat
pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang
tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan
mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.
"Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah
kuasa tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya,"
katanya.
Katanya, Pas perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan.
“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan
yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari
dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga
berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.
“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.
Hari ini Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) secara rasmi mengumumkan mengadakan kerjasama politik dalam blok ketiga.
Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang dalam kenyataan media bersama
Abdul Kadir berkata, pertemuan hari ini membuka ruang ke arah membina
suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik lebih tersusun yang sedang
digagaskan oleh Pas.
Kerjasama politik tersebut juga menurut Abdul hadi menunutut mereka
bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping
menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh
menggugat keharmonian dan kamjuan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan