Jumaat, 4 Mac 2016

Berita Terkini WSJ Malaysia Najib Razak Semakin Popular. Imej Malaysia Tercalar, Apa Tindakan Kerajaan Malaysia?



Berita Terkini WSJ Malaysia Najib Razak Semakin Popular. Imej Malaysia Tercalar, Apa Tindakan Kerajaan Malaysia?


wsj malaysia


Bukanlah bermakna apa sahaja yang keluar daripada laporan berita mana-mana akhbar dan portal adalah betul dan benar. Dan bukan bermakna apa sahaja kenyataan media yang dilaporkan adalah benar-benar belaka.
Tetapi semacam ada sesuatu yang tidak kena sekarang membelengu negara terutama kepada Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Razak. Ada sahaja imej buruk yang dilemparkan terhadapnya.

Satu demi satu akhbar-akhbar yang cukup berpengaruh di seluruh dunia terus melaporkan berita terkini Najib Razak disebalik isu RM2.6 bilion yang masih belum nampak kesudahannya walaupun Peguam negara kata tiada kes, dalam erti kata lain tiada kes jenayah untuk Najib Razak.

Hakikatnya nama Malaysia terus gah dan mekar di seluruh dunia. Seluruh dunia bercakap mengenai isu ini. Sebut sahaja baik laporan berita terkini Wall Street Journal, Ney York Times, The Economist, Bloomberg, CNBC dan sebagainya.

Malah Wall Street Journal WSJ Malaysia berbesar hati dan berlapang dada memuatkan laporan berita terhadap Najib Razak mengenai isu RM2.6 bilion di muka hadapan akhbar perniagaan mereka. Ini bermakna kalangan tokoh politik, ahli perniagaan, pelabur, taikun kaya termasuk, rakyat marhaen di luar negara “sudah hadam” dengan laporan berita mereka mengenai isu ini.

Tetapi sampai bila? Apa tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia? Berpeluk tubuh? Hanya menidakkan dengan hanya sangkaan jahat, fitnah, ada niat jahat dan sebagainya? Sebegitu mudah mempertahankan maruah negara Malaysia jikalau diyakini dikalangan pemimpin politik dan pemimpin negara bahawa terdapat kekuatan kebenaran untuk menidakkan dakwaan demi dakwaan yang dicampak ke bumi Malaysia sekarang ini?

P/S : Ayuh tunjukkan bukti dokumen yang dakwaan berita WSJ adalah tidak benar dan tidak berasas. Segerakan bersih nama Malaysia yang terus tercalar hari ini.

KLIK SINI : Najib Razak Paling Teruk Dalam Sejarah Perdana Menteri Malaysia? Pak Lagi OK? Najib Terlalu Banyak Skandal dan UMNO Kalah PRU!

Muka Hadapan Akhbar Berita WSJ Malaysia Terus Terkenal?

 

Ini contoh-contoh laporan berita melibatkan Najib Razak di WSJ Malaysia dan juga New York Times.

wall street journal wsj wsj najib razak
berita terkini

Tiada ulasan: