Khamis, 3 Mac 2016

 
Sebarang pertemuan dengan Mahathir dilakukan atas kapasiti peribadi bukan mewakili PH. 


Saifullah


PETALING JAYA: Pertemuan antara pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mewakili gabungan parti pembangkang itu.

Justeru, keberadaan mereka dalam mesyuarat bersama Mahathir itu nanti adalah atas kapasiti individu.

“PH tidak ada apa-apa kaitan dengan apa yang dilakukan dengan Dr Mahathir. PH tidak akan terlibat esok,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Namun Saifuddin tidak memberitahu samada individu terbabit mewakili parti masing-masing atau kandungan pertemuan itu nanti mewakili aspirasi parti masing-masing.

Jelas Saifuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah disalah tafsir.

“Nurul Izzah menyatakan dia telah di ‘quote out of context’ (dipetik di luar konteks),” katanya.

Ujar Saifuddin, beliau percaya Izzah cuba menjelaskan akan ada pertemuan dengan Mahathir esok, namun tidak dari PH.

“Saya tidak ada di sana (sidang media pagi tadi), pada fahaman saya, dia cuba menjelaskan akan ada meeting esok dengan Mahathir, tapi bukan dilakukan oleh PH.

Pagi tadi, Nurul Izzah dalam sidang media menyatakan PH akan mengadakan sidang media bersama pakatan pembangkang esok.

Nurul Izzah berkata sidang media petang esok itu menyentuh cadangan membentuk permuafakatan menyelamatkan Malaysia, susulan masalah politik semasa negara.

“Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang,” kata Nurul.

Tiada ulasan: