MALAYSIAKINI
Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-10 mengingatkan para
pemimpin tertinggi parti bahawa mereka juga akan disingkirkan sekiranya
hanya berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa.
Wakil PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata demikian bagi mengingatkan
para pemimpin tersebut ke atas empat kelemahan utama yang dikenalpasti
melanda PKR pada waktu ini.
Beliau antara lainnya melihat bahawa kewibawaan parti kini merosot, manakala “sendi disiplin parti” juga semakin lemah.
Sambil menuding kepada para pemimpin tertinggi parti di atas pentas,
beliau berkata parti itu juga semakin sukar untuk bertolak ansur,
manakala para pemimpinnya juga didakwa dilanda “krisis keperibadian”.
Nizam seterusnya menggesa anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar
menjaga tingkah laku mereka dan tidak hanya sekadar menagih kesetiaan
pengikut bawahan.
"Yang di atas ini, jangan kamu pula buat 'ulah' (perangai buruk). Jangan
kamu berebut-rebutan. Orang bawah, kamu kata 'taat, taat, taat,
disiplin, disiplin'.
"(Pemimpin) yang di atas, hubaya- hubaya (berawaslah), atau kamu akan
dibuang dalam bakul sejarah," katanya seraya disambut tepukan gemuruh
daripada perwakilan.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menggesa agar PKR Selangor mengerahkan
sekurang-kurangnya 200 orang anggota dari setiap cabang untuk hadir ke
kongres dan memenuhkan kerusi kosong di dalam Stadium Malawati di Shah
Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan