Jumaat, 8 Ogos 2014

Keputusan Majlis Syura tak jejas pendirian PKR


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


PETALING JAYA - Keputusan Majlis Syura Pas yang sebulat suara mahu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dikekalkan tidak akan mengongkong dan menjejaskan pendirian PKR menentukan nasib partinya itu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau menghormati dan mengambil kira semua pandangan pimpinan parti komponen PR itu walaupun akur nasib Abdul Khalid bakal ditentukan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu dalam masa terdekat.

"Sebagai parti sahabat kita ambil kira dan hormati pandangan namum mereka memerlukan penjelasan lanjut pendirian PKR.

"Kita kena tumpu kepada fakta dan perjuangan parti dan bukannya kepentingan peribadi, kerana kita berpegang teguh kepada keputusan MPP pada 15 Januari lalu.

"Walaupn Pas menangguhkan mesyuaratnya pada 17 Ogos ini, namun PKR kena buat keputusan mengikut bidang kuasa kami ke atas Abdul Khalid selaku ahli PKR," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini

Tiada ulasan: