Isnin, 25 Ogos 2014

Boikot Astro Malaysia. SCAM, Penipu! Astro Malaysia Dikecam, Dikritik Teruk Pelanggan! Caj Mahal VS Servis Mengecewakan!



Customer Service Astro Malaysia



Boikot Astro Malaysia. SCAM, Penipu! Astro Malaysia Dikecam, Dikritik Teruk Pelanggan: Pihak Astro Malaysia, pemegang saham utama dan paling penting seorang rakyat Malaysia yang memegang gelaran sebagai (orang kedua terkaya di Malaysia), Tan Sri Ananda Krishnan terus tersenyum lebar apabila satu demi satu rakyat terus “masuk bakul” di mana bergantung harap dan menghambakan diri mereka bagi terus menggunapakai dan melanggan perkhidmatan Astro Malaysia. Tetapi….
 
   
Tetapi dalam pada itu, pelbagai maklum balas dan aduan dihantar kepada pihak Astro Malaysia, tetapi malangnya sehingga ke hari belum ada penambaikan yang drastik. Perkhidmatan masih ditakuk lama.

Yang lebih diutamakan, pelbagai penambahan saluran dengan harapan jangkaan Astro Malaysia akan menjana pendapatan sejumlah RM4.3 bilion akan tercapai dengan mudahnya.

Punca Astro Malaysia Boleh Untung Banyak Berniaga di malaysia

 

boikot Astro Malaysia
  1. Pemancar stesen percuma tidak dipertingkatkan. Bukan sahaja di kawasan pedalaman, malahan di kawasan bandar pun tiada pemancaran percuma yang menyebabkan kalangan mereka terpaksa melanggan AStro. Senyum bos Astro
  2. Astro Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang jikalau ada daripada anda yang ahu bersaing dengan Astro dengan menceroboh siaran langit. Contohnya? Apa bila anda membeli receiver dan LNB (parabola) bagi mengakses satelit MEASAT walaupun MEASAT akan berpunca daripada cukai rakyat Malaysia. Berani?
  3. Tidak cukup dengan Astro Malaysia buat duit dengan langganan rancangan yang disediakan, mereka longgokkan pula lambakan iklan kepada pelanggan mereka. Jikalau mahu banyakkan iklan tidak mengapa, tetapi caj langgan mesti dikurangkan. Adakah mereka buat begitu? Tidak sama sekali….
  4. Menambah pelbagai saluran baru tetapi perkhimatan yang berkualiti kepada pelanggan diketepikan
  5. Pelbagai rancangan yang mendapat permintaan tinggi sebagai hak siaran langsung bola sepak telah dimonopoli Astro Malaysia
  6. Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Baru-baru rakyat Malaysia telah mengalami masalah askes kepada perkhidmatan Astro Malaysia untuk tempoh yang lama. Semuanya dek kerana terdapat masalah teknikal yang dialami pihak Astro Malaysia. Akhirnya Astro Malaysia telah tampil memohon maaf di facebook rasmi mereka.
Walaubagaimanapun, reaksi balas Astro Malaysia telah mendapat respon yang pelbagai terhadap tahap perkhdimatan Astro Malaysia setakat yang dianggap mereka mengecewakan.

Kelemahan & Aduan Kepada Astro Malaysia?

 

Terdapat beberapa kelemahan Astro Malaysia yang perlu diambil berat
  1. Siaran rancangan yang acapkali berulang-ulang
  2. Kurangan penyediaan dan penambanhan rancangan-rancangan baru
  3. Siaran rancangan seringkali terganggu apabila cuaca buruk melanda
  4. Dan yang paling Berita Semasa paling kecewa sekarang ini adalah apabila terlalu banyak iklan yang menyesakkan di pelbagai saluran Astro Malaysia
  5. Aduan anda pula? Hantar di ruangan komen di bawah ini…
Di saat pelanggan bayar lewat bil Astro Malaysia, sejam sekali call suruh bayar. Apabila sudah dipotong, untuk sambung semula anda bakal dikenakan caj tambahan.
Apabila perkhidmatan Astro malaysia acapkali menghadapi masalah, tidak pernah diberikan rebat tetapi hanya mengeluarkan perkataan “Maafkan Kami” di media sosial seperti di Facebook. Mudah bukan?

Astro Malaysia Vs Parabola di Indonesia

 

Astro Malaysia

Nah…inilah indahnya berniaga monopoli di bumi yang bernama Malaysia. Jikalau di negara luar, hiburan adalah hak untuk semua. Contohnya?
  • Di Indonesia, mereka membenarkan rakyat Indonesia membeli parabola satelit untuk dipasang di rumah mereka. Hanya tune sendiri dan nikmati semua channel percuma Cuba pasang di Malaysia dan dikesan pihak berkuasa, apa yang anda bakal terima?
  • Tidak perlu bayar bil bulanan, yuran mahal seperti yang dikenakan Astro Malaysia. Tidak perlu tukar dekoder banyak kali.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah “One time payment only” untuk beli piring.
  • Tetapi di Malaysia?? Hak membeli piring dihadkan. Rakyat hanya dibenarkan membeli piring keluaran cap Astro Malaysia sahaja. Ini monopoli namanya.
Alhamdulillah, sekarang sudah ada revolusi fiber optik. Contohnya, HyppTv tiada lagi gangguan ketika hujan. Selain Unifi, kita juga ada ABNxcess. Walaubagaimanapun, dek kerana monopoliti beberapa rancangan dan program, Astro Malaysia telah mendapat hak esklusif dan dalam pada masa yang sama penyedia TV berbayar yang lain masih belum popular dan meluas jaringan perkhidmatannya, Astro Malaysia masih jadi pilihan utama ketika sehingga dilihat menindas dan mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.

Number Astro Malaysia

Apa pula pendapat anda, dengan perkhidmatan Astro Malaysia kepada anda setakat ini? Kongsikan bersama Berita Semasa di sini…

P/S : Sebarkan dan kongsikan laporan Berita Semasa kali ini kepada seberapa ramai rakan-rakan dan kenalan terdekat anda dengan harapan pihak Astro Malaysia mendapat “tekanan hebat” seperti mana kempen (boikot Mcdonald Malaysia di sini) dijalankan sebelum ini. Kuasa di tangan anda.

Lagi Aduan Pelanggan Kecam & Mahu Boikot Astro Malaysia?

 

Tiada ulasan: