Isnin, 10 September 2012

Mat Sabu: Selesaikan projek IC ‘Sabah’, baru pilihanraya

THE MALAYSIAN INSDER

KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing.

Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya, walaupun Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.

Mat Sabu menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan. — Gambar file
“Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan,” kata Mat Sabu yang dipetik dalam Harakah.
 Kerusi parlimen di Sabah menjadi deposit tetap buat kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, malahan pada PRU 2008, BN berjaya meraih 24 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan.

Situasi sama juga berlaku di Sarawak apabila BN memperoleh 30 kerusi daripada 31 yang dipertandingkan.

Pemimpin Pas tersebut juga menyelar SPR dalam isu  penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan, walaupun aduan demi aduan dilakukan kepada pihak SPR.

Walaupun laporan telah dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya, ia masih mencukupi untuk menjamin SPR akan menjalankan pilihanraya yang bersih dan telus.

“Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan.

“Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat, terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan,” katanya lagi.

Malahan, pihak gabungan pilihanraya adil dan bersih (Bersih 2.0) telah bertindak mengkritik jawatankuasa tersebut kerana menyerlahkan lagi penipuan yang berlaku sebaik laporan PSC dikeluarkan.

Antara kes yang mendapat perhatian Bersih ialah mengenai sijil kematian yang banyak dikeluarkan di tempat-tempat seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang (walhal tiada kematian yang dilaporkan), pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor (suku tahun pertama 2012), terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah serta isu pendaftaran pengundi dibawah Kod 71 (warganegara dilahirkan di luar negara).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Sabtu lalu, menyatakan pihaknya bersiap-sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen yang diramal oleh pemerhati pada November ini.

26 ulasan:

Sanih Alias berkata...

Cara pembangkang untuk mencari sokongan. Pembangkang segaja cuba membangkitkan isu sbegini sebagai stragegi mereka mencari sokongan.

Sanih Alias berkata...

Kerajaan tidak pernah diam untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sanih Alias berkata...

TOR pun telah selesai dibincangkan. Jadi pasti akan dilaksanakan tidak lama lagi mengenai RCI ini. Sebaiknya sebelum PRU13 RCI ini dilaksanakan.

DorianG berkata...

Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan has assured Sabahans that the Royal Commission of Inquiry on the presence of illegal immigrants and population boom in Sabah will be set up soon. The appointment of members of the panel had been announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last month and Pairin is expecting their appointment letters to be issued soon.Pairin, who was asked to comment on doubts raised by certain quarters about the Government’s sincerity in setting up the Commission, said the appointment letters must first be handed over to the Yang di Pertuan Agong for his consent before they are given to the individuals concerned. Pairin also noted that our Agong had been out of the country but he is back now and it should be anytime now.

DorianG berkata...

Pairin has also stressed that The Commission is a very important thing which cannot be delayed and the Government realizes that, therefore it will be set up. Last month, Najib announced that Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Liong, the former High Court Judge of Sabah and Sarawak had been appointed as the Chairman of the Royal Commission of Inquiry.Najib also disclosed that former UMS Vice Chancellor Datuk Kamaruzaman Ampon, former Sabah State Attorney General Tan Sri Herman Luping, Malaysia Crime Prevention Foundation Deputy Chairman, former Kuala Lumpur Police chief Datuk Henry Chin Poy Wu and former State Secretary Datuk K Y Mustafa had been appointed Commissioners of the RCI. The Chief Secretary to the Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Ministry, Datuk Saripuddin Kassim was appointed as the RCI Secretary.

mantera berkata...

RCI akan dilaksanakan tak lama lagi.

mantera berkata...

dkat2 PRU semua nak sibuk pasal projek ic Sabah.

Tanpa Nama berkata...

I agree with Mat Sabu that the Project IC issue should be resolved before the GE can be held.

Tanpa Nama berkata...

Hope that the Federal Government will start the inquiry by the RCI panel on the Project IC issue so that they can complete within 6 months before the GE-13 is due.

Tanpa Nama berkata...

An RCI panel have been set up which will be lead by former high court judge Steve Shim, once the PM give his approval, the panel will start their investigations. Waiting for the PM's decision.

Tanpa Nama berkata...

We need to ensure that the illegal immigrants have been cleared out from the voter registration list to ensure a clean and fair elections.

Tanpa Nama berkata...

Even if the Election Commission wanted to have the General Elections early, they cannot do so because only the Prime Minister can decide when he wanted to held the GE-13.

Unknown berkata...

Pembangkang tau cakap saja tapi apa sumbangan yang mereka buat untuk selesaikan projek IC Sabah? Masa Anwar jadi TPM dulu pun ada cadangan RCI ditubuhkan tapi ditolak juga.

unknown berkata...

Mat Sabu? Excuse me, what Sabah has to do with him?

unknown berkata...

Wow, now is Mat Sabu who wants to play with fire, I mean huh? Him?

unknown berkata...

Thanks for your concern but we don't need you.

unknown berkata...

You don't have anything to be offered in Sabah.

unknown berkata...

The RCI will soon be implemented.

Mumbai berkata...

macam mana pula pilihanraya sebelum ini boleh berjalan seperti biasa tanpa RCI?? boleh Mat Sabu jelaskan?

Mumbai berkata...

bukan pemimpin2 pembangkang asyik mendesak supaya kerajaan tidak menangguh pilihanraya?? macam mana pula Mat Sabu boleh cakap tergesa??

Mumbai berkata...

pilihanraya tidak bersih hanya teori pembangkang.. kalaupun RCI dilaksanakan dan kerajaan BN masih kekal memerintah, adakah mereka atau Mat Sabu sendiri akan mengakui bahawa SPR telus, adil dan jujur??

Mumbai berkata...

entah apa motif Mat Sabu masuk campur hal2 Sabah sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah ambil tahu apa2 masalah di negeri ini.. nampak sangat bahawa beliau hanya berpolitik, bukannya membantu rakyat Sabah..

Mumbai berkata...

eloklah Mat Sabu mengimbas kembali penipuannya konon telah dilanggar oleh land rover polis sebelum menuduh pihak lain membuat penipuan..

Mumbai berkata...

Di Sarawak tidak ada PATI dan Projek IC, namun pembangkang tetap tidak mampu merampas kerajaan negeri itu.. malah PAS dihadiahkan "telur" oleh penduduk sarawak ketika PRN lepas..

Mumbai berkata...

Jawatankuasa khas pilihanraya telah mengemukakan 22 syor.. selain itu kerajaan dan spr juga bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada PRU kali ini.. apa lagi yang Mat Sabu tidak puas hati?

Tanpa Nama berkata...

Usah nak ajar itik berenang. Jaga hal ehwal negeri sendiri.