Ahad, 1 April 2012

Yahya Sahri: “Noh Bela Kroni, Aniaya Penanam Nenas”




TANJONG KARANG : Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya membela nasib kebajikan peserta penanam Nanas dan bukan membela kroninya Hamzah Apandi yang menerajui syarikat Grand Entity Holding Sdn Bhd (GEHSB).” tegas Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri di sini.

Menurut Yahya, dua individu yang perlu tampil memberikan penjelasan iaitu Noh Omar yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dan pemilik GEHSB, Hamzah Apandi,digesa tidak melarikan diri daripada menyelesaikan masalah bayaran balik kepada bank.

” Noh Omar sewajarnya bukan membela Hamzah Apandi, Noh kena membela peserta kerana peserta yang membuat pinjaman,di sini dikatakan projek perkongsian pintar tetapi akhirnya menjadi perkongsian yang putar belit,” kata Yahya dalam sidang media di Dewan JKKK Kampung Gulang-Gulang di sini.

Yahya berkata syarikat GEHSB yang mengendalikan projek penanaman Nanas itu mempunyai rekod pencapaian yang buruk.


” Kalau tengok kertas kerja yang ditulis sendiri oleh pengurus GEHSB, Hamzah Apandi dia sebut sendiri pengalaman bermula pada 2006 dan gagal , ini dia sebut sendiri, pada 2007 yang mendapat pengiktirafan Kementerian Pertanian projek itu pun gagal, 2008 terus mendapat projek ini dan disokong oleh agensi di bawah Noh Omar dan Agro Bank.

” Bagaimana kedua-dua agensi ini memberikan sokongan sedangkan rekod menunjukkan syarikat ini gagal dalam menunjukkan kejayaan dalam melaksanakan projek.

” Peserta mengambil pinjaman, duit tidak sampai kepada peserta dan terus ke akaun GEHSB, bagaimana bank buat undertaking itu, prosedurnya adalah salah.

” Kita minta Noh Omar menjawab bagaimana Agro Bank langsung tidak telus dan menganiaya,bank sepatutnya memasukkan duit itu kepada peserta,” kata Yahya.

Yahya juga mendakwa beliau sudah membuat semakan terhadap pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati GEHSB tidak pernah memfailkan penyata kewangan kepada pihak SSM serta tidak patuh kepada Akta Syarikat.

“Seorang menteri yang menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang ini langsung tidak prihatin, beliau yang hanya menyokong Hamzah Apandi kerana dia adalah orang dia, kita mahu Noh Omar jawab persoalan ini,” ujarnya.


Jumlah keseluruhan wang yang dilaburkan oleh peserta ialah RM408,000 dan jumlah ini tidak termasuk kadar bantuan yang diberikan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) sebanyak RM2,400 seekar.

Dalam perjanjian itu agihan keuntungan projek ini ialah 60 peratus kepada GEHSB dan 40 peratus kepada peserta.

Tiada ulasan: