MALAYSIA CHRONICLE
KUALA LUMPUR- Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut agar langkah penyenaraian Felda melalui Felda Global Ventures Berhad Holdings (FGVH) dibatalkan segera.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tujuan penyenaraian tersebut semakin jelas tidak memihak kepada kebajikan dan manfaat jangka panjang peneroka Felda.
Apatah lagi, katanya dalam pengagihan saham nanti telah terdedah wujudnya peruntukan untuk Felda memberi laluan kepada strategic partner yang melibatkan syarikat luar dari Israel.
“Felda yang kini adalah sebuah agensi cash rich. Oleh itu tidak perlu menyenaraikan Felda dalam bursa saham yang terdedah kepada naik surutnya harga saham,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga mempersoalkan apa perlu Felda menyenaraikan aset peneroka dalam pasaran saham untuk mengumpul modal jika jelas Felda memiliki wang tunai yang banyak.
Katanya, Teras berpendapat jika aset peneroka ditukar dalam bentuk saham yang tidak menentu harganya dan di luar kawalan Felda, maka risiko jangka panjang amat tinggi bila monopoli oleh syarikat besar akan mengambilalih seluruh saham Felda.
“Apa jaminan pihak kerajaan bahawa aset tanah peneroka akhirnya tidak juga terheret dalam perniagaan saham terbuka?” soalnya lagi.
Setakat ini, ujarnya jaminan Perdana Menteri bahawa tanah Felda yang ada peneroka tidak akan dilibatkan hanya pengumuman lisan dan tidak ada jaminan ia tidak akan berlaku.
Menurutnya, pihak kerajaan tidak menjelaskan bagaimana aset tanah akan terhindar dari pemindahan milik jika Felda tidak ada kuasa menentukan hal ini di Bursa Malaysia.
“Malah, pengagihan saham bila IPO diisytiharkan setakat ini tidak dijelaskan bagaimana ia tidak akan merugikan peneroka bila pihak lain mula membeli saham secara proksi,” katanya.
Setakat ini, ujarnya bantahan oleh peneroka tidak boleh diketepikan hanya dengan keputusan sebuah mesyuarat agung KPF yang tidak sebenarnya diwakili oleh majoriti peneroka.
Mohd Azmi menambah, oleh kerana penyenaraian itu adalah suatu langkah yang sangat besar dan melibatkan masa depan peneroka Felda, maka suara bantahan yang wujud di kalangan peneroka tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
“Teras menuntut supaya ia dibatalkan di atas fakta bahawa sekarang isu ini berada di tahap penuh kontroversi yang memerlukan pihak kerajaan perlu menimbang semula keputusannya,” ujarnya.
Beliau berkata, kini Felda adalah satu-satunya agensi yang mengendalikan aset tanah paling luas dalam negara.
Katanya lagi, aset tanah yang ada tidak boleh diperjudikan melalui pasaran saham kerana ia adalah aset strategik sebuah negara, ia bukan aset Felda tetapi hanya menguruskannya.
Tambahnya, tidak ada gunanya harga saham mencapai tahap tinggi sedangkan aset sebenar telah dimiliki pihak lain.
“Teras menuntut agar penolakan peneroka yang tidak sedikit terhadap penyenaraian ini akan mengujudkan keadaan yang tidak stabil kerana Felda bukan lagi dilihat sebagai pembela nasib peneroka,” katanya.
Perlu diingatkan, ujarnya peneroka tidak mendapat harta tanah dalam rancangan Felda secara percuma.
Malah, katanya setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Felda perlu dibayar semula oleh peneroka melalui pemotongan hasil yang diperolehi dari hasil ladang.
“Malah masih ramai di kalangan mereka yang dicatat sebagai peneroka yang masih berhutang kepada Felda.
“Oleh kerana itu peneroka berhak bersuara ke atas sebarang usaha yang melibatkan nasib mereka dalam jangka panjang,” ujarnya lagi.-Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan