KUALA LUMPUR:- Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mungkin lebih
mencabar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskannya kerana
pertembungan parti yang bertanding dijangka lebih sengit berbanding
pilihan raya umum sebelumnya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata untuk itu, SPR akan memastikan semua pegawai dan petugasnya memahami serta menguatkuasakan peraturan pilihan raya dengan sempurna bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku pada pilihan raya terbabit.
"Kita mohon kepada semua parti berikan kerjasama sepenuhnya kepada SPR. Kita tidak boleh melakukannya sendirian. Kita perlu kerjasama mereka dalam memastikan pertembungan sengit dua pihak ini berlangsung dengan aman dan lancar.
"SPR juga sudah dan sedang menyediakan kemudahan daripada segi logistik, peralatan dan fasiliti mengundi. Bila dewan (Parlimen) bubar kita sudah bersedia," katanya kepada Bernama dan RTM di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri sesi temu bual khas lebih sejam bersama radio Klasik Nasional FM bagi membincangkan hal-hal berkenaan SPR dan PRU.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan