Isnin, 23 April 2012

Himpunan Hijau 3.0: Najib, tunggu mesej rakyat!

KEADILAN DAILY

KUANTAN: Segenap lapisan rakyat Malaysia akan menghantar mesej jelas kepada Najib Razak dan Barisan Nasional berhubung penolakan operasi kilang Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan pada Himpunan Hijau 3.0, 28 April ini.

“Kita (rakyat) tidak mengalu-alukan mana-mana industri yang berisiko kepada kehidupan rakyat Malaysia,” kata Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, sebagai Perdana Menteri, Najib sepatutnya memberi perhatian mengenai isu Lynas sejak ia dibangkitkan beberapa bulan lalu.

“Walaupun loji yang terletak di Gebeng, cuma kira-kira 50 kilometer jauhnya dari kawasan Najib di Pekan.

“Adakah dia tidak bimbang?” soal Fuziah, memetik cara Najib memberi maklum balas soalan tentang perjanjian Scorpene.

“Nampaknya ini adalah gaya (Najib) mengendalikan isu-isu. Apabila dia terlibat dalam sesuatu yang tidak popular, dia lebih suka untuk berdiam diri. Rakyat Malaysia akan mentafsir ini sebagai cara (Najib) membiarkan projek Lynas,” kata Fuziah dalam satu kenyataan.

Kata Naib Presiden KEADILAN itu, rakyat Malaysia tidak akan mencabar hak Lynas untuk menyaman, tetapi akan mempertahankan hak-hak mereka untuk hidup dalam persekitaran lebih selamat.

Menurut beliau, kumpulan anti Lynas adalah askar kerana pada mereka, perkara ini adalah hidup atau mati.

“Jika kita terus membenarkan kilang terus menjalankan operasinya, tiada jaminan bahawa ia akan selamat dari pencemaran sisa radioaktif,” tambah beliau.

Fuziah berkata, tidak ada 100 peratus industri berkesan dan kemalangan yang disebabkan oleh kesalahan manusia berlaku sama ada anda suka atau tidak.

“Sebagai contoh, bencana Bhopal melibatkan Union Carbide telah membunuh beribu-ribu orang yang tinggal di kawasan tersebut.

“(Begitu juga) Renchong, penapisan loji nadir bumi serupa dengan Lynas yang dilaporkan sebanyak 60 insiden kebocoran melibatkan sisa radioaktif sebanyak 600,000 gelen AS dilepaskan ke dalam tanah dan mencemarkan alam sekitar di hujung 1990-an di California Selatan,” jelas Fuziah.

Tiada ulasan: