Sabtu, 14 April 2012

BONGKAR : Rekod bank Chia terdedah

SABAH DAILY


Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.

Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.

NONE

Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.

"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya. -MK

NONE

9 ulasan:

John Winchester berkata...

Tak sangka Michael Chia digunakan untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. Semua hanya mainan politik

Green Sabah berkata...

Why didn't the Hong Kong authorities reveal these evidence themselves instead of waiting for Sarawak Report to reveal them, is this evidence from the Hong Kong ICAC?

Green Sabah berkata...

I think we should wait for confirmation from the MACC.

Tanpa Nama berkata...

ia belum membuktikan Musa terlibat dgn Chia.

Tanpa Nama berkata...

selagi SPRM belum sahkan hal ini, kita tak perlu nak percaya.

Hamdan Hadillah berkata...

Terdedah pun tapi masih tidak pasti akan kebenaran dalam hal ini. Ini cuma permainan politik yang ingin menjatuhkan Datuk Musa. Namun yang pasti sudah ada pihak yang cuma mengaitkan kes Micheal chia dengan Datuk Musa Aman. Kes wang haram RM40Juta di hongkong.

Mumbai berkata...

pihak SPRM perlu tampil memberikan penjelasan bagaimana dokumen sulit itu boleh terlepas kepada pihak luar.. adakah pegawai2 mereka dengan sengaja menjual dokumen2 itu?? jika benar, bermakna SPRM juga perlu disiasat kerana mengamalkan rasuah..

Mumbai berkata...

kenapa perlu Sarawak Report yang mendedahkan dokumen ini?? kenapa bukan pemimpin2 pembangkang?? mustahil sebuah lamanweb yang beroperasi di luar negara mampu memperolehi dokumen sulit ini..

Mumbai berkata...

tidak mustahil dokumen2 ini dicipta oleh pemimpin2 pembangkang yang kemudiannya mengarahkan lamanweb asing untuk membuat pendedahan kerana mereka tahu undang2 Malaysia tidak mampu mengambil apa2 tindakan terhadap pemilik lamanweb yang beroperasi dan berada diluar negara..