Ahad, 8 April 2012

10,000 sertai majlis kutipan dana PAS Pahang

Zulkifli Sulong,


KUANTAN: Lebih 10,000 menyertai majlis ceramah anjuran PAS malam tadi di pekan Batu 12, dekat sini. (Gambar kiri)

Perhimpunan untuk mengumpul dana Pilihan raya Umum ke-13 berjaya mengumpul hampir RM20,OOO sumbangan daripada para hadirin.

Selepas jam 12 malam apabila majlis ceramah berakhir, para petugas masih belum selesai menerima wang sumbangan untuk dana itu.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengirimkan satu sampul surat khas berisi wang walaupun tidak dapat hadir kerana masih berehat selepas mengadu sakit dada.

Beliau mengirimkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk menyampaikan duit sumbangan itu dan menggantikan beliau untuk berucap.

Turut berucap malam tadi adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan di samping Ketua PKR dan DAP Pahang.

Orang yang paling gembira malam tadi adalah Datuk Tuan Ibrahim apabila menyaksikan orang penuh sesak dalam program itu.

Isu utama adalah kilang Lynas yang sedang menyemarakkan kemarahan penduduk Kuantan.

(Gambar kanan: Para petugas dan anggota Unit Amal mengira sumbangan orang ramai.)

"Dulu saya ingat nak buang sisa Lynas ini ke Putrajaya tetapi nampaknya tak jadilah sebab kita nak duduk sana pula lepas ini," kata Tuan Ibrahim disambut sorakan takbir dari orang ramai yang kebanyakannya Melayu itu.

Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya pula menumpukan tumpuan kepada menerangkan fitnah yang dibuat pemimpin BN terhadap Kelantan.

"Masa Najib ke Sabah, dia kata Kelantan paling miskin. Sebenarnya negeri yang paling miskin di Malaysia adalah Sabah.

"Semasa saya ceramah di Sabah, saya kata kat orang Sabah, saya akan jadikan pulau Gaya yang penuh dengan rumah air yang miskin tu menjadi pulau paling bergaya jika Pakatan perintah negara.

"Kita boleh buat ni dengan menaikkan royalti minyak ke 20 peratus kepada Sabah di samping Kelantan, Terengganu dan Sarawak," kata Nassuruddin yang marah dengan tindakan kerajaan pusat yang menyekat royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Tiada ulasan: