Ahad, 22 Ogos 2010

Roslin Hashim cerai lagi

UTUSAN ONLINE

Roslin Hashim


ALAHAI, panas sungguh cerita tentang perceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim pada hari Rabu yang lalu. Joyah boleh katakan 'suhu' kali ini cukup panas berbanding dengan mana-mana kes cerai yang lain.

Dulu yang pertama hanya sempat jadi suami selama 12 hari, kali kedua lamalah sikit, 28 hari. Huhuhu!

Tapi apa yang cukup mengejutkan Joyah apabila mendapat tahu Roslin berdua-duaan dengan produser filem … Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman setelah isteri Roslin, Nurhayati Othman menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu, pukul 8.30 malam.

Huh, lalu otak Joyah yang tak berapa nak laju ni berfikir apa sebenarnya yang terjadi antara Roslin dan Raja Azmi di hotel tersebut? Berbaik sangka, mungkin mereka sedang berbincang sesuatu yang ada kena mengena dengan kerja atau hal-hal yang lain. Maklumlah Raja Azmi produser yang hebat, mungkin ada sesuatu yang nak dibincangkan di hotel tersebut.

Bila timbul kes ini Joyah mula teringat kemesraan antara mereka berdua. Tapi jangan salah anggap sebab selama ini Raja Azmi selalu cakap yang Roslin tu adik angkat dia. Jadi untuk bersangka baik, baik Joyah kunci mulut sahaja.

Malah Roslin juga ada bercakap yang dia sudah mengenali Raja Azmi selama 12 tahun dan menganggap produser itu macam ibu dan kakaknya sendiri. Bagi Joyah ibu angkat waima kakak angkat sekalipun, hubungan muhrim tetap kena jaga.

Kalau dah kena macam ni, mana nak sorok muka tu? Orang pun mulalah bercakap yang tak elok tentang diri awak!

Kepada Raja Azmi, bersabarlah banyak-banyak. Kalau tak salah, semua akan selamat dan maruah anda akan dipulihkan semula. Masa tu bolehlah Joyah cadangkan Raja Azmi buat pula filem pasal Roslin. Sebuah kisah benar yang pasti ditunggu-tunggu semua orang. Bakal cecah kutipan box office RM20 juta, Joyah percaya.

Tiada ulasan: