Ahad, 22 Ogos 2010

Mukhriz masih degil bawa fitnah terhadap Guan Eng


TV SELANGOR

Pemimpin-pemimpin Umno terus membuat tuduhan melulu dengan tujuan membakar sentimen perkauman orang Melayu.

Di Pulau Pinang, dakyah kononnya nama Yang diPertuan Agong diganti dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk khutbah Jumaat cuba diangkat pula oleh Timbalan Menteri Perdagangaan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir.

Meskipun kerajan negeri menafikan perkara itu berlaku dan menyifatkannya taktik tarbaru untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP, Mukriz masih terus mengangkat fitnah berkenaan.

"Saya sebenarnya tidak nampak bagaimana keadaan itu (doa khutbah) akan menarik lebih ramai sokongan masyarakat Islam kepada DAP. Lainlah kalau pemimpin sendiri yang mendoakan kesejahteraan rakyat tetapi sebaliknya pula berlaku," katanya.

Tiada ulasan: