Ahad, 15 Ogos 2010

Buang Bayi:Umpama Biarkan Dadah Dijual Bebas Kemudian Fikir Nak Hukum Penagih

Oleh ramziredang

Memang menjadi satu pantang besar bagi pemimpin dunia Islam hari ini untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan mengikut kaedah Islam. Mereka terlebih dahulu akan mencari contoh, apa yang telah dilakukan di England, Amerika, Perancis atau mana manapun negara lain, asalkan ianya bukan berpandukan al quran dan hadis. Jika di Amerika telah adakan pendidikan seks di sekolah sekolah, maka bingkas melompatlah pemimpin kita di sini ingin mencadangkan diadakan pendidikan seks di sekolah.

"Betapa bodoh dan bengapnya pemimpin negara kita yang mengaku beragama Islam, tetapi terkial kial mencari punca kenapa gejala buang bayi berlaku dengan dahsyatnya. Malah sebaik sahaja diumumkan perubahan hukuman yang membawa kepada hukuman mati kepada pesalah yang buang bayi, empat bayi lagi dijumpai dibuang di longkang busuk, tong sampah dan dalam semak.

Mungkin itu sebagai tanda menyambut pengistiharan hukuman baru. Mungkin juga satu sindiran kepada pemimpin seperti Shahrizat yang mengaku Islam tetapi hati dan fikirannya ingin menyelesaikan sesuatu perkara mengikut acuan barat.

Bodohnya mereka kerana, mereka hanya melihat kepada penyakit tetapi tidak sekali kali melihat kepada puncanya. Saban hari asyik duk berfikir apa yang hendak dibuat kepada orang yang parah mengidap kencing manis, nak potong kaki ke nak taruk ubat. Sedangkan penggunaan gula yang banyak dalam pemakanan tidak diberi penekanan.

Atau juga kita umpama membiarkan dadah dijual berleluasa tanpa ada sekatan, kemudian kita sibuk memikirkan hendak menghukum mati ke atau hendak masuk ke penjara.

Itulah tahap kebodohan pemimpin negara kita. Yang dilihat dalam gejala buang bayi hanyalah dari aspek hukuman. Punca sebab musabab tidak pernah diberi penekanan. Pergaulan bebas, disko, arak, hiburan melampau, program campur lelaki perempuan yang kerajaan galakkan dan macam macam punca yang akan membawa kepada zina tidak pernah diberi penekanan.

Dalam soal aedes dan denggi, kenapa kerajaan menekankan supaya selalu membersihkan longkang tersumbat, tong tong berisi air atau tempat pembiakan nyamuk? Kerana kerajaan sedar inilah punca denggi.

Kenapa kerajaan tidak melihat pergaulan bebas, disko atau arak umpama longkang yang menyebabkan denggi? Bersihkan dulu puncanya maka terhindarlah penyakit. Terlalu bodoh sangat ke pemimpin kita?

Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa….. Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)

Salah siapa dan siapakah yang bertanggungjawab?

Siapakah yang akan menanggung dosa yang paling besar bila maksiat dan dosa berleluasa dalam sesebuah negara? Tidak lain tidak bukan adalah para mufti dan alim ulama. Para mufti dan alim ulama tidak didatangkan ke dunia semata mata menjadi pembaca doa di dalam sesebuah negara. Padahal tugas mereka diutuskan oleh Allah adalah sebagai penyambung tugas para nabi dan rasul. Mereka tidak ditugaskan semata mata untuk memeluk tubuh jika sesuatu bencana berlaku ke atas umat, melainkan mereka akan disoal di hadapan Yang Empunya langit dan bumi.

Tetapi nampaknya para mufti dan alim ulama hari ini lebih suka berdiam diri dan menjaga periuk nasi mereka. Mereka takut untuk bertegas terhadap kerajaan mendesak supaya kerajaan menutup pintu pintu maksiat. Yang lebih penting bagi mereka adalah memelihara kepentingan duniawi dari kepentingan umat. Malah ada sesetengah mufti itu sendiri berperangai seolah olah dia sendiri tidak mengingati mati dan akan dipersoalkan akan tanggungjawabnya di akhirat kelak.

Ingatlah peringatan Allah dalam surah Al Hijr ayat 3 dan 4:
Biarkanlah mereka makan kenyang serakus hewan, bersenang-senang sepuas nafsu, serta dilalaikan oleh angan-angan kosong sampai melupakan ajal, karena mereka kelak akan mengetahui juga akibat perbuatannya.
Kami tidak akan memusnahkan suatu kotapun kecuali kalau untuk itu sudah ada keterangan waktu yang tertulis di Luh Mahfuzh
.

Tiada ulasan: