Isnin, 19 Julai 2010

Sungai tong sampah

UTUSAN ONLINE

PEMANDANGAN ini dirakamkan di Sungai Kerayong berhampiran Kampung Sri Indah, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pencemaran sungai ini dikategorikan Tahap 4.


AKIBAT tangan-tangan manusia yang mengotorkan sungai-sungai dengan timbunan sampah sarap mahupun bahan buangan pusat komersial atau industri, kerajaan terpaksa mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk memulihara dan merawatnya.

Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya 45 sungai termasuk pecahan daripada tujuh lembangan sungai di seluruh negara yang dikategorikan sebagai tercemar teruk iaitu Tahap 3, 4 dan 5.

Kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati air dari sungai-sungai ini mengandungi logam berat yang berbahaya kepada habitat dan juga manusia seperti arsenik, raksa, kadmium, kromium, plumbum dan zink.

Tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia kira-kira sebulan mendapati, pencemaran sungai berpunca daripada budaya tidak ambil peduli dan menjadikan sungai sebagai tong sampah oleh masyarakat.

Ditambah pula pencemaran daripada aktiviti pertanian, penternakan, penempatan serta perindustrian berhampiran sungai yang tidak terkawal.

Siri 1 Laporan khas hari ini mendedahkan hasil penemuan wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar AZRUL EDHAM MOHD.AMINUDDIN dan DJOHAN SHAHRIN SHAH yang menyelusuri sungai-sungai di Lembah Klang bagi mengetahui punca-punca pencemaran.

Tiada ulasan: