Rabu, 14 Julai 2010

Umno-BN Sanggup Korban RM240 Juta Wang Rakyat Bayar Faedah Atas Pinjaman RM320 Juta Kepada Kroni


Oleh Frederick Luccas

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demi menjaga kepentingan kroni, kerajaan Umno-Barisan Nasional sanggup membayar faedah sebanyak RM240 juta ke atas pinjaman mudah RM320 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Mendedahkan perkara ini, Tony berkata sekiranya Pakatan Rakyat tidak mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum 2008, Syabas yang tidak memenuhi terma kontraknya sudah tentu akan mengaut keuntungan lebih besar dengan menaikkan tarif air.

"Kerajaan Umno-BN patut mengutamakan kebajikan rakyat tetapi sebaliknya telah memberikan kroninya, Syabas hutang jangka panjang 20 tahun tanpa jaminan dan faedah sebanyak RM320 juta. Ini akan menyebabkan kerajaan Umno-BN terpaksa membayar kira-kira RM240 juta faedah ke atas pinjaman kepada Syabas.

"Saya ingin bertanya, kenapa kerajaan Uno-BN mahu membazirkan wang rakyat sebegitu banyak semata-mata untuk membantu kroni dan memberikannya subsidi?, tanya Tony pada sidang media di parlimen Isnin lalu

Kata Tony lagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mencadangkan untuk membeli dan mengambil alih Syabas yang dibelenggu hutang yang banyak.

Melalui cara ini kerajaan negeri dapat kurangkan lagi tarif air dan kekalkan polisi air percuma.

Malangnya kerajaan Umno-BN menentang cadangan yang membawa mmeberi kebaikan kepada rakyat dan sebaliknya menyokong kroni mereka, Puncak Niaga dan Syabas.

Selangor juga meminta kerajaan membenar dan menyokong inisiatif kerajaan negeri untuk memperbadankan pengurusan bekalan air yang akan membebaskan Syabas daripada belenggu hutang.

Ia juga akan membantu kerajaan daripada terpaksa memberi pinjaman yang merugikan di samping menawarkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dengan khidmat pengurusan air yang lebih baik, efisien dengan harga lebih rendah.

Tony membidas kejahilan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat dakwaan tidak berasaskan fakta dan pengetahuan mengenai kedudukan sebenar pengurusan air di SelangorMuhyiddin mengatakan krisis air akan melanda Selangor dan kerajaan negeri terpaksa menanggung hutang yang besar kerana memberikan air secara percuma kepada rakyat.

Beliau juga mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tahu mengurus negeri kerana Selangor boleh jatuh bankrap jika tiada dana untuk membayar syarikat konsesi air.

"Muhyiddin perlu berhenti menyokong kroni Umno, Syabas yang kini dilanda krisis kewangan yang teruk dengan memesongkan fakta dan menyalahkan kerajaan negeri Selangor.

"Muhyiddin tidak tahu fakta bahawa air percuma untuk warga Selangor ini sebenarnya dibayar dengan keuntungan daripada syarikat berkepentingan rendah seperti Splash dan Abbas milik penuh Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Tony menjelaskan walaupun Selangor komited membayar RM120 juta setahun untuk program air percuma tetapi kewangan kerajaan negeri kukuh kerana berjaya melaksanakan perbelanjaan bijak dan membanteras penyelewengan, bukan seperti kerajaan pusat Umno-BN yang dibebani hutang yang begitu besar.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selepas membuat penelitian rapi terhadap kewangan negara menyatakan Malaysia akan bankrap dalam 9 tahun jika tidak diurus dengan baik. Kita di Selangor tiada langsung masalah sebegitu.

"Apa yang melucukan apabila Muhyiddin cuba menunjukkan pengetahuan beliau dalam pengurusan air dengan menyatakan kos mengekalkan pemprosesan air amat tinggi dan sebagai bekas Menteri Besar Johor mendakwa kos boleh mencecah RM20 juta setahun.

"Malang bagi beliau kerana pengurusan air di Johor berakhir dengan penswastaan dan kini, rakyat Johor terpaksa membayar tarif air antara yang tertinggi di negara ini. Mesti Muhyiddin bangga dengan pencapaian ini," sindir Tony.

Tiada ulasan: