Isnin, 26 Julai 2010

Taek Jho Low, Jutawan Malaysia Berpoya-poya

Staff Berita Semasa

Taek-Jho-Low

Sekarang ini heboh satu Malaysia dan media-media antarabangsa bercerita tentang gaya hidup mewah seorang jutawan Malaysia yang suka berpoya-poya dengan membelanjakan sejumlah besar wang di kelab-kelab di seluruh dunia. Taek Jho Low namanya. Pernah dengar namanya? Kisahnya bertambah hangat ketika ini apabila jutawan Malaysia ini bersama dengan selebriti Paris Hilton di Paris baru-baru ini……

Anak bapak. Nah…sekarang ini bapanya sudah bagi amaran dengan perilaku anaknya ketika ini…..

Malaysian millionaire Taek Jho Low has been asked by his father to lie low after news of him and American party girl Paris Hilton exploded on the media worldwide. Several websites were abuzz with news that Low was the “mystery man” spotted with Hilton.

She was seen at Low’s birthday celebration together with other guests recently. Low was said to have good relations with celebrities and wealthy people from the Middle East. His father, a businessman, told Sin Chew Daily he had told his son to be cautious with his words and actions.

According to the daily, the 28-year-old Low is the third generation of a distinguished family in Penang that is involved in property and various industries, including high technology products, in Malaysia, Singapore and other parts of the world. ASIAONE NEWS

Taek-Jho-Low2

Ini beberapa laporan berita sedikit sebanyak tentang diri Taek Jho Low dan gaya hidup mewahnya terutamanya ketika berada di luar negara :

  • Pada 8 November 2009, akhbar New York Post melaporkan kehadiran Taek Jho Low yang merupakan lulusan Sekolah Perniagaan Wharton di Philadelphia, AS berpoya-poya di kelab-kelab malam sekitar New York dengan membelanjakan ribuan dolar dalam tempoh tiga bulan.
  • Low mendapat tumpuan akhbar itu apabila dia bersama dengan beberapa selebriti seperti penyanyi P. Diddy berada di sebuah lokasi terkenal di bandar raya ini.
  • Low yang bertubuh gempal dan berkaca mata dilaporkan pernah menghantar 23 botol minuman keras Cristal kepada pelakon Lindsay Lohan bagi meraikan hari lahirnya.
  • Pemilik kelab Pink Elephant di 27th Street, New York, David Sarner berkata kepada akhbar itu, Taek Jho Low selalunya membelanjakan AS$50,000 (RM161,150) hingga AS$60,000 (RM193,380) semalam
  • Low pernah menerbangkan lapan pelayan kelab itu untuk menghadiri satu parti di Malaysia
  • Taek Jho Low pernah meraikan ulang tahun kelahirannya dalam satu parti mewah di Las Vegas manakala pelakon Megan Fox dilaporkan diterbangkan untuk menghadiri parti tersebut
  • Low tinggal di sebuah apartmen yang mempunyai kadar sewa AS$100,000 (RM322,300) sebulan di Park Imperial yang merupakan lokasi penginapan pelakon James Bond, Daniel Craig dan P. Diddy.
  • Pada 24 Mac lalu, akhbar New York Post melaporkan Low membayar AS$33 juta (RM106.35 juta) untuk sebuah penthouse di 1 Central Park West yang mencatatkan rekod jualan di New York padahalnya Bilionair AS, Donald Trump membeli apartmen itu pada harga AS$5 juta (RM16.11 juta) pada 1997 sebelum menjualnya setahun kemudian pada harga AS$10.4 juta (RM33.51 juta) kepada penerbit filem Itali, Vittorio Checchi Gori. Laporan akhbar mengatakan yang Low membeli penthouse itu menerusi sebuah syarikat

Muda lagi jutawan Malaysia ini, Taek Jho Low yang berusia 27 Tahun tetapi sudah menjawat jawatan :

  1. Penasihat pelaburan UBG Berhad
  2. Penasihat pelaburan anak syarikat Trengganu One Malaysia Devt. Berhad
  3. Terbaru, dapat kontrak pembangunan semula Kem TUDM Sungai Besi

Tiada ulasan: