Ahad, 4 Julai 2010

Sabah MP pertikai serah Blok L & M kepada Brunei


Chua soon bui 19Mac Queville Teo


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tawau Chua Soon Bui menggesa disediakan satu ‘Kertas Putih’ mengenai penyerahan tiga juta ekar kawasan perairan maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepada Brunei.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Sabah berkata rakyat Malaysia masih keliru dan ingin tahu kebenaran disebalik penyerahan dua blok berikutan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh berbagai wakil kerajaan.

Kenyataan-kenyataan itu bagaimanapun gagal menjawab pelbagai keraguan yang timbul membabitkan kerugian sebanyak RM320 bilion hasil minyak dan gas kepada Malaysia.

"Kita bukan sahaja kehilangan sumber minyak dan gas yang berharga, malah juga kehilangan wilayah perairan untuk tujuan pengangkutan, hidupan marin dan sumber makanan," kata Chua.

"Kertas Putih itu bertujuan untuk faedah dan memelihara kepentingan semua rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah dan Labuan.

"Saya timbulkan persoalan ini kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan segala kesangsian yang timbul agar hak dan kepentingan rakyat senantiasa dilindungi," katanya dalam satu ucapan penangguhan di Parlimen baru-baru ini.

Chua menegaskan rakyat selama ini mempersoalkan kesahihan penyerahan dua blok itu, terutamanya sama ada kawasan maritim Sabah (utara Labuan) disempadankan semula, atau langkah ini melanggar Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan hingga boleh menyebabkan ianya terbatal dan tidak mengikut perlembagaan.

Kalau Malaysia boleh merujuk kes Pulau Sipadan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan memenangi kes itu pada Disember 2002, kerajaan harus melakukan perkara yang sama dalam kes ini.

Saya yakin tiga juta ekar Blok L dan M dengan minyak dan gas bernilai RM320 bilion adalah sangat bernilai dan mendatangkan manfaat sama seperti Pulau Sipadan.

Jika benar wujudnya pertikaian dalam hal ini dengan Brunei, kenapa kes ini tidak dirujuk ke ICJ memandangkan Malaysia mempunyai kepakaran dalam undang-undang perairan antarabangsa? soal beliau.

Chua berkata, rakyat Sabah hairan kerajaan sanggup bersusah payah menuntut pulau Batu Putih dan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menuntut perairannya, tetapi langsung tidak berani untuk menuntut blok-blok itu yang kaya dengan minyak dan gas.

19 ulasan:

Mei berkata...

This is a rather confusing issue. I hope the government will give a detailed explanation regarding this issues to clear things up.

tombolo berkata...

Blok L dan M telah sah adalah milik Brunei, namun masih ramai lagi rakyat Sabah yang tidak berpuas hati mengenai hal ini. kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai perkara ini kepada rakyat. apapun isu ini tak perlulah diperbesarkan.

Unknown berkata...

betullah, kalau betul rakyat sabah tertanya-tanya kenapa tidak menyuarakan isu ini terus kepada kerajaan. tapi ini lain pula, kenapa pembangkang pula yang bising sangat untuk isu ini dan menjual nama rakyat yang tertanya-tanya. adakah pembangkang mahu tarik perhatian rakyat ni??memang beginilah politik..pelbagai cara di gunakan.

Ted Medresher berkata...

kalau ikutkan peta yang Malaysia buat pada tahun 1979, Malaysia telah mengambil kesempatan semasa Brunei masih belum merdeka dengan merampas hak2 perairan Brunei. selepas Brunei mencapai kemerdekaan pada 1984, mereka menuntut semula hak mereka melalui undang2 antarabangsa. oleh sebab itu, kita tidak kehilangan wilayah kerana ia sah milik Brunei.

Ted Medresher berkata...

sebenarnya pembangkang tahu hal sebenar tapi sengaja mengunakan peluang ini untuk menimbulkan kekeliruan untuk kepentingan politik mereka. jika pembangkang yang berhadapan dengan masalah ini, mereka juga akan melakukan perkara yang sama.. apa2pun diharapkan kerajaan akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kekeliruan ini.

Tanpa Nama berkata...

isu ini sebenarny tak perlu ditimbulkan lagi, penjelasan telalah pun diberikan oleh kerajaan mengnai Blok L dan M. tatapi pembangkang tetap juga mengungkitkan isu ini. ini hanya akan mengelirukan rakyat sahaja.

Anak Sabah berkata...

Saya setuju jika penjelasan dibuat menerusi Kertas putih, lebih baik daripada sesetengah pihak yang sengaja memputar belit atau menunding jari sehingga keliru rakyat dibuatnya. Rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya, dan penjelasan ini boleh juga mengurangkan salah faham.

Sanih Alias berkata...

pembangkang memang sengaja untuk membangkitkan isu begini. mereka tidak puas hati dengan kerajaan oleh itu dengan cara ini mereka gunakan untuk mempengaruhi rakyat.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

penjelasan secara lebih terperinci perlu dibuat bagi memastikan semua pihak tahu dan faham akan situasi sebenar mengenai penyerahan blok L dan M kepada Brunei. diharap selepas penjelasan diberikan, jgnlah ada pihak lagi yang cuba nak membangkit dan memperbesarkan isu ini.

langsat berkata...

Perkara ini sudah lama diwar-warkan, namun tiada penjelasan yang dilakukan oleh kerajaan walaupun kebanyakan rakyat sudah mengatahui perkara ini.

langsat berkata...

Perkara ini perlu dijelaskan kepada rakyat. Sekiranya tiada penjelasan yang dibuat oleh kerajaan maka pihak-pihak lain seperti pembangkang memutar-belitkan perkara sebenar. Mungkin ini adalah kesempatan mereka untuk mendapatkan perhatian rakyat.

langsat berkata...

Perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana Blok L & Blok M adalah sah milik Brunei.

Ted Medresher berkata...

bagi menyekat isu ini dari terus berlarutan, kerajaan perlu memberikan respon terhadap setiap kenyataan pembangkang. kerajaan tidak boleh terus berdiam diri kerana tindakan tersebut hanya membuka ruang untuk rakyat berpihak kepada pembangkang.

Paquin berkata...

Tak habis2 dengan isu ni. Kalau ada jawapan, nda pa lah, ini bikin pening kepala adalah... huhuhu

Paquin berkata...

Seingat saya hal ni telah diperjelaskan... Saya tak pakar sangat tengok map tapi kalau dah terbukti Blok L dan M telah sah adalah milik Brunei; apa lagi yg boleh kita cakap kan...
Jangan pula perbesarkan hal ni, tak pasal2 ada pihak yang tersinggung. hehe

kb girl berkata...

Kerajaan harus memberi penjelasan yang terperinci tentang isu ini. Kawasan ini lebih besar dari Singapore yang kaya dengan simpanan minyak mentah dan gas asli.

Unknown berkata...

what is really happen? Israel and Palestine are war for inches of land but we are easily surredered two pieces of area which is bigger than Singapore to other country.

Unknown berkata...

Blok L & M? Siapa sebenarnya memiliki kawasan tersebut? Sekarang sudah jadi milik Brunei?