Sabtu, 24 Julai 2010

Palanivel: Ada ahli tak senang Murugiah sertai MIC

BERNAMA


Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel berkata beliau sedar ada sebilangan ahli parti di peringkat akar umbi tidak menyenangi langkah parti itu menerima keahlian Senator T Murugiah.

"Adalah biasa bagi mana-mana ahli memberi reaksi sama ada bersetuju atau membantah langkah seperti ini," kata Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu kepada pemberita selepas melawat Ladang Coalfield, Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Palanivel, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam yang menerima permohonan keahlian Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Murut murugiahgiah,, yang dipecat oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) selepas tidak sehaluan dengan presiden Datuk M. Kayveas, telah memohon menyertai MIC.

Semalam, presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengumumkan MIC telah menerima permohonan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selepas mempengerusikan mesyuarat CWC di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya anggota jawatankuasa majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang telah dipecat itu tidak akan diberikan sebarang jawatan.

Tiada ulasan: