Selasa, 6 Julai 2010

Senarai baru ahli PBT S'gor diumum esok

MALAYSIA KINI



Kerajaan Selangor akan mengumumkan senarai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baru dipilih esok.

Pengumuman tersebut akan dibuat di majlis penyampaian anugerah program zon bersih PBT Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengumumkan senarai baru ahli majlis PBT itu bersama pengerusi jawatankuasa tetap PBT, kajian dan penyelidikan, Ronnie Liu.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, senarai ahli PBT bagi seluruh Selangor diputuskan dalam mesyuarat khas majlis mesyuarat kerajaan negeri hari ini.

"Pemilihan ahli majlis PBT ini dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya kebolehan mereka melaksanakan tanggungjawab dan komitmen membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat.

"Kerajaan Selangor yakin dengan keupayaan ahli majlis PBT yang baru dilantik ini, yang mampu meneruskan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab selain membantu kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan program merakyatkan ekonomi Selangor," kata kenyataan itu lagi .

Tiada ulasan: