Sabtu, 10 Julai 2010

Jangan biarkan peraturan berat sebelah

Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU-Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan asas kepada demokrasi dan keadaan sosial adalah tanpa perbezaan keistimewaan kelas.

Menurutnya, sekiranya timbul sesuatu perkara ianya memerlukan kepada jawapan, sekaligus merupakan kebebasan bersuara bagi negara yang mengamalkan demokrasi.

Dalam Islam sendiri, katanya, apa pun perkataan yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda menjawab atau membalas dengan jawapan sewajarnya.

“Itu asas kepada demokrasi, dan dalam konteks Suara Keadilan dan Harakah yang diminta tunjuk sebab oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, apa saja yang dicakap oleh PAS atau Umno, mereka hendaklah memberi jawapan balas,” katanya kepada media ketika mengunjungi Restoran Mutiara Corner di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau sebelum itu menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu.

Menurutnya, mereka (KDN) tidak boleh menutup isu itu begitu saja, tetapi sebaliknya hendaklah menjelaskannya, jika tidak ia akan dianggap tiada modal.

“Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan.

“Kerajaan seperti itu mesti jangan diundi, dan dengan cara begitu (boleh) menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jangan mengundi dia, kita buat kerajaan lain dan peraturan lain.

“Kalau dia anggap Harakah salah, dia boleh saman, dia boleh buat apa saja. Namun kita ada sebab dan hujahnya,” katanya.

10 ulasan:

tombolo berkata...

kita kenalah adil dlm sesuatu tindakan,

joey berkata...

bagi saya sebagai rakyat Malaysia, apa yang diharapkan daripada media adalah mendapat maklumat yang tepat atau benar...

Boten_Trish berkata...

Fair and unbiased and also transparency in rules and law.

Hamdan Hadillah berkata...

adil bagi mana-mana pihak itu yang penting..jadi berilah keadilan seadanya sama rata dan tidak menyebelahi sebelah pihak. boleh tapi jangan lebih sangat.

Paquin berkata...

Peraturan haruslah adil dan saksama. Barulah pelaksanaanya tak dipertikaikan oleh mana2 pihak.

hulubalang berkata...

bagi saya kenyataan yang dikeluarkan dalam artikel ini berbaur fitnah dan tiada asas. selama ni negara M'sia yang demokrasi sudah termeterai sejak sekian lama bersama dengan kerajaan BN. Adakah PAS boleh memastikan 'keadilan' dan peraturan tidak berat sebelah jika seluruh rakyat mengundi mereka? Siapa yang bakal diutamakan oleh PAS jika mereka menerajui pemerintahan negara?

hulubalang berkata...

jangan kaitkan agama yang bercakap tentang Nabi Muhamamad s.a.w jika apa yang diperkatakan dalam artikel ini berunsurkan politik. Politik adalah kotor dan sangat jarang mengamalkan peraturan yang bersih...politik adalah politik, agama adalah agama!

pagardawai berkata...

memang benar peraturan yang adil adalah suatu perbuatan yang dipuji. cuma berapa ramai ahli politik BN atau PAS yang sanggup berlaku adil tanpa mengira kaum dan agama?

Ted Medresher berkata...

sebelum bercakap berkenaan dengan peraturan berat sebelah, lihat diri sendiri atau parti sendiri terlebih dahulu. kadang2 apa jua tindakan pihak lain terhadap kita bukan disebabkan berat sebelah tetapi disebabkan kelemahan atau masalah yang kita timbulkan.

Ted Medresher berkata...

kerajaan mempunyai hak untuk melakukan demikian kerana mereka yang memegang tampuk pemerintahn. itu adalah pilihan rakyat. mungkin PAS juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan.