Selasa, 6 Julai 2010

Isu pasir: Shuhaimi dipanggil beri keterangan semula


suhaimi sprm Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan perlombongan pasir secara haram di Selangor.

Beliau mula disoasal siasat jam 2 petang tadi bertempat di ibu pejabat SPRM Putrajaya dengan ditemani peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa penyokongnya.

Free Malaysia Today difahamkan bahawa soal siasat yang sudah memasuki hampir tiga jam masih belum selesai dan masih menunggu Shuhaimi keluar dari bilik siasatan.

"Kami masih menunggu YB Shuhaimi keluar, beliau disoal siasat kira-kira jam 2 petang tadi dan masih belum ada sebarang berita mengenai beliau", kata Shamsul yang dihubungi Free Malaysia Today sebentar tadi.

Pada 1 Julai lalu, Shuhaimi dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dipanggil memberi keterangan berhubung perkara yang sama.

Namun Shuhaimi dipanggil semula bagi siasatan lanjut.

Minggu lalu beliau berkata, akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

Malah berulang kali beliau menegaskan bahawa tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyabitkannnya dalam hal tersebut.

"Penyiasatan dijalankan secara profesional, saya tiada sebarang tekanan, dan yakin bahawa mereka hanya mengumpulkan maklumat kerana jelas SPRM cuba mencari maklumat lanjut berhubung skandal pasir itu," katanya

Tiada ulasan: