Ahad, 25 Julai 2010

CF kepada pemilik rumah Taman Kosas

SELANGOR KINI

Selangor - Kerajaan Negeri telah melepasi sasaran dalam menyelesaikan masalah CF tertunggak di negeri itu.

Terbaru, kerajaan negeri menyerahkan CF kepada pemilik-pemilik rumah Taman Kosas yang tertangguh sejak tahun 2008.

Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad berkata permasalahan itu akan dapat diatasi dengan lebih pantas dan berkesan dengan kerjasama penduduk, yang disaran supaya lebih peka dalam pembelian rumah.

Beliau turut memberi jaminan kepada pembeli serta pemilik rumah bahawa mereka akan mendapat kunci pada 2 Ogos depan.

Iskandar menyatakan usaha menyelesaikan permasalahan pembeli dalam mendapatkan CF dilakukan melalui siri mesyuarat dan perbincangan dengan MPAJ, pembeli, pemaju dan beberapa agensi yang terlibat.

Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan 6 projek perumahan, dimana ada di antara pemilik rumah berkenaan yang telah menunggu lebih 10 tahun untuk mendapatkan CF.

Beliau menambah, bagi tahun ini sasaran KPI untuk Exco Perumahan adalah 5 projek dan sasaran tahun itu telahpun dilepasi.

Pemberian CF kepada penduduk serta pembeli perumahan Taman Kosas ternyata memberi kepuasan dan kegembiraan kepada mereka apatah lagi menjelang hari perayaan.

Tiada ulasan: