Ahad, 18 Julai 2010

BN menghina institusi Parlimen

Oleh Dr Siti Mariah Mahmud

Pakatan Rakyat kesal pengumuman kenaikan harga minyak, gula dan gas cecair (LPG) dibuat tanpa melalui persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia adalah satu penghinaan kepada institusi Parlimen yang baru berakhir semalam.

“Seharusnya isu ini dibahaskan terlebih dahulu sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat. Namun, agenda ini jelas melihatkan Barisan Nasional gentar untuk berhadapan dengan pembangkang sekiranya di bahaskan.

“Tindakan ini jelas membebankan rakyat dan me-nunjukkan kerajaan kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa ‘merompak’ subsidi daripada rakyat,”

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Tiada ulasan: