Isnin, 19 Julai 2010

Baja akan dibekal mengikut kesesuaian tanah kawasan padi: Noh

SINAR HARIAN

GURUN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membekalkan baja mengikut kesesuaian tanah bagi memastikan ia benar-benar berkesan untuk setiap kawasan tanaman padi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) telah diarah untuk membuat kajian mengenai perkara berkenaan dan pada peringkat awal sebanyak enam zon telah dikenalpasti.

"Tiap-tiap zon akan dibekalkan dengan baja mengikut formula berlainan kerana tanah di sesuatu tempat tidak sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada lawatan kerjanya ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian juga mengambil pendekatan baru iaitu tidak lagi melantik hanya satu syarikat untuk membekalkan baja kepada petani di seluruh negara.

"Kita akan laksanakan perkara ini tahun depan, iklan telah dibuat dan sebanyak 139 syarikat (pembekal) telah masuk (memohon) dan kita sedang kaji yang mana sesuai," katanya.

Tiada ulasan: