Abdul Rahim Sabri |
Beliau yang juga aktivis PAS berkata, KAMI diaktifkan semula ekoran cadangan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said baru-baru ini.
Selepas itu, tambahnya, KAMI akan mengumpulkan sokongan pelbagai pihak - meliputi tokoh dan persatuan wartawan dan penulis blog - bergabung membentuk Gerakan Rakyat Mansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (GERAM).
Setakat ini, Tarmizi berkata, beberapa pihak telah bersedia memberikan sokongan terhadap kempen itu, termasuklah akhbar alternatif Harakah, Siasah, Merdeka Review.
Manakala NGO yang berminat pula antaranya Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tarmizi berkata, selain A Samad, pihaknya turut menerima permintaan supaya supaya dua tokoh kewawartawan Said Zahari dan Subky Latiff dilantik sebagai penaung bersama kepada GERAM.
"Kita mahu kuasa memberi permit diberikan kepada satu jawatankuasa khas, bukan diberikan kepada pihak eksekutif, kepada menteri," katanya.
Tambahnya lagi, cadangan yang dikumpulkan akan dirumus dan dimasukkan dalam satu memorandum kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Selain itu, Tarmizi memberitahu gabungan tersebut, akan mengatur beberapa siri seminar dan diskusi bagi membincangkan tuntutan mereka itu.
"Kemuncaknya adalah demontrasi yang dicadangkan pada bulan Disember nanti sebagai bantahan supaya meminda atau memansuhkan akta penerbitan dan mesin cetak," katanya yang juga pengarang Harakah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan