Jumaat, 9 Julai 2010

Ahli PBT dari NGO persoal perlunya majlis penasihat

Leven Woon

Penubuhan majlis penasihat kerajaan tempatan di Selangor menjadi sasaran kritikan ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) dari kalangan NGO yang mendakwa ianya tidak dapat menyumbangkan apa-apa kecuali mewujudkan satu lagi lapisan birokrasi.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ) Derek Fernandez berkata, majlis penasihat 20 anggota itu umpama 'harimau tak bergigi' kerana tidak ada peruntukan undang-undang untuk memberinya kuasa mengambil tindakan.

Katanya, sebagai jawatankuasa pentadbiran yang hanya memainkan peranannya sebagai penasihat, maka tiada jaminan bahawa majlis mesyuarat negeri akan menerima nasihatnya.

"DBKL juga menubuhkan sebuah majlis penasihat, tetapi ia hanya berfungsi seperti 'rubber stamp'," katanya.

Pengerusi Gabungan Ahli Majlis Dari Badan Bukan Kerajaan dan Profesional (Conpac) yang juga ahli MPSJ yang dikekalkan, Tan Jo Hann mempersoalkan keberkesanan kewujudan majlis penasihat tersebut.

"Majlis tempatan diberi kuasa oleh Akta Kerajaan Tempatan, di mana (tidak ada sesiapa boleh campurtangan) dengan (keputusan) kita, termasuklah Ronnie Liu (exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan)," tambahnya.

Menurutnya, jika mereka hanya memberi nasihat, maka sangat sukar baginya untuk berkesan.

Tiada ulasan: