Khamis, 8 Julai 2010

400 Peneroka Felda Adakan Demonstrasi Bantah Laporan Suara Keadilan

BERNAMA

GUA MUSANG: Kira-kira 400 peneroka dan generasi kedua Felda seluruh Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan akhbar Suara Keadilan yang melaporkan Felda bankrap baru-baru ini di Pejabat Felda Wilayah Gua Musang, di sini pada Rabu.

Biar pun telah beberapa hari kenyataan dikeluarkan di akhbar terbabit, namun rasa marah mereka masih membara sehinggakan mereka meminta supaya pihak pengurusan Felda meneruskan tindakan menyaman akhbar terbabit yang didakwa mengeluarkan laporan yang tidak benar serta bakal menjejaskan nama baik Felda di mata dunia dan juga kredibiliti agensi itu yang telah wujud sekian lama membantu golongan miskin.

Timbalan Pengerusi Felda Chiku Tiga, Aziz Abdullah berkata beliau benar-benar kecewa serta marah dengan dakwaan Suara Keadilan yang dianggap cuba mengganggu gugat Felda serta menganggapnya mainan politik pembangkang.

"Banyak manfaat telah diberikan Felda, malahan ia kini telah maju dan dunia sendiri telah mengakui kejayaan Felda.

"Pendapatan diperoleh sepanjang saya berada di Felda begitu membanggakan, kalau Felda bankrap mana mungkin peneroka diberikan wang sara hidup RM1,000 sebulan, anak-anak berjaya ke universiti turut diberikan sumbangan, begitu juga kami peneroka turut diberikan insentif hari raya pada setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Pada hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Felda akan meneruskan tindakan saman sebanyak RM200 juta terhadap akhbar milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan dan beberapa pemimpin parti itu kerana memfitnah organisasi itu sebagai bankrap setelah tempoh seminggu yang diberikan kepada Suara Keadilan untuk memohon maaf tamat pada Rabu.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan Khamis lalu memberitahu, permit penerbitan Suara Keadilan tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan yang memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk yang terbaru bertajuk "Felda Bankrap".

Felda juga telah memfailkan saman berjumlah RM200 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa bersifat fitnah tersebut.

Seorang lagi peneroka, Che Omar Che Mat, 58, berkata beliau merasa tersinggung dengan kenyataan terbabit kerana sekiranya Felda bankrap, MRSM Felda untuk anak-anak peneroka tidak dapat dibina, insentif kepada peneroka juga tidak dapat diberikan.

"Jadi sahlah kenyataan dikeluarkan mempunyai maksud menjatuhkan Felda.

Sekiranya pihak pengurusan ingin menyaman Suara Keadilan, sebagai peneroka yang telah banyak menerima manfaat, saya mengalu-alukan hasrat itu," katanya.

Generasi kedua Felda, Addni Abdul Rahman,27, berkata beliau kecewa dengan sikap parti politik yang cuba mempermainkan organisasi Felda yang banyak memainkan peranan membantu generasi kedua sepertinya.Menurutnya sektor pendidikan, sosial dan kebajikan peneroka tidak pernah terabai, segalanya dijaga elok oleh Felda.

"Saya tidak menjangkakan akan memperoleh sekiranya tinggal di luar Felda, segalanya terjaga, kalau bankrap, Felda tidak akan membantu pendidikan anak peneroka dengan menyediakan tuisyen," katanya.

10 ulasan:

2718 berkata...

memang amat wajar tindakan kerajaan menarik lesen mana2 akhbar yang mengeluarkan laporan tidak benar untuk tujuan tertentu.. memang jelas maklumat yang mereka salurkan tidak boleh dipercayai, tidak membina dan merosakkan minda rakyat serta negara.

madd berkata...

inilah yang berlaku jika mengeluarkan maklumat yang tidak tepat..akhbar tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang menyatakan felda bankrap..

Paquin berkata...

Na tu la. Lapor ikut sedap mulut ja kan. Tengok, ramai sudah yang tak puas hati akan isu ni. Layak2 juga la kena tarik balik lesen akhbar!!!
Kenakan hukuman yg setimpal, biar jadi pengajaran kpd semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

Suara Keadilan tidak seharusnya mengeluarkan berita yang tidak benar, FELDA belum lagi bankrap, tindakan untuk menrik balik lesen akjbar ini adaalh wajar, ia memberi pengajaran kepada akhbar2 lain agar tidak menyiarkan berita yang tidak benar.

zam berkata...

tindakan menyiarkan bahawa FELDA bankrup adalah tidak patut dilakukan..memang patut lesen akbar yang berkenaan ditarik balik...

Tanpa Nama berkata...

peneroka2 FELDA sendiri membantah kenyataan akhbar Suara Keadilan ini. FELDA sebenarnya tak bankrap.

Mahsiran berkata...

inilah suara keadilan. pandai-pandai mahu dengar ketua mereka(Anwar). bukan kerajaan yang marah tetapi peneroka felda itu sendiri yang membuat bantahan laporan suara keadilan mengatakan felda bankrap. memang patut orang felda membuat demontrasi bantahan itu.

kb girl berkata...

Media atau akbar harus mengamalkan prinsip memaparkan maklumat yang tepat dan jujur.

Unknown berkata...

Dari mana mereka mendapat maklumat demikan?

Unknown berkata...

Permit Suara Keadilan sudah dibatalkan.